Terdapat banyak sebab mengapa wanita memilih untuk memakai makeup. Salah satu sebab utama adalah untuk meningkatkan kecantikan dan juga supaya penampilan nampak lebih menarik.

Rasanya ramai dah tahu tentang kelebihan BB Cream atau Blemish Balm Cream ini. Ia adalah antara produk kecantikan yang sangat popular di Asia. Kebanyakan menggunakannya sebagai alternatif kepada foundation. Ramai gemar memakai BB cream kerana teksturnya yang ringan kalau dibandingkan dengan foundation yang bila di pakai rasa macam tebal dan membuat makeup kadang2 nampak macam over sikit πŸ™‚ Bagi saya BB cream mampu menutup ketidaksempurnaan kecil yang terdapat pada kulit, menghilangkan kemerahan dan membuatkan kulit nampak lebih cantik. Apa yang membezakan BB cream dengan tinted moisturizer ialah BB cream adalah produk tiga dalam satu, iaitu gabungan SPF, primer dan bahan-bahan anti penuaan manakala tinted moisturizer memberi kelembapan dan coverage yang minimal pada kulit.

image

Walaupun terdapat banyak jenis dipasaran dan pernah juga cuba satu jenama yang lain, bagi saya Dior Prestige BB cream adalah kegemaran saya kini. Secara peribadi, ia menghasilkan solekan kelihatan natural dan tidak tebal, menambah kelembapan, boleh mengurangkan bintik hitam, memberi perlindungan SPF dan membuat kulit kelihatan licin dan meningkatkan seri kulit. Saya dapati ia juga membuat kulit nampak lebih cerah dan tidak berminyak. Bagi saya Dior BB Cream membuat solekan saya kelihatan segar dan tahan lama. Hmm…walaupun harganya agak mahal tapi bagi saya, BB cream ni sangat best dan rasanya ia akan kekal lama dengan saya daripada bahan makeup yang lain, InsyaAllah. πŸ˜‰

2 thoughts on “Review: BB cream

Leave a reply to azieazah Cancel reply