Assalamualaikum

Entri hari ini sesuai untuk menu sarapan dan penyediaannya pun mudah saja.
Saya hidangkan kuah dhal ini dengan roti bom.

Tak payahlah pergi makan di kedai mamak dah lepas ini πŸ™‚

image

Bahan-bahan:

1) 1 cawan kacang dhal direndam selama 2 jam
2) 5 cawan air
3) 1/4 sudu teh serbuk kunyit
4) 1/2 labu bawang besar dihiris kiub kecil

Bahan tumis:

1) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
2) 2 inci kulit kayu manis, 2 biji buah pelaga, 1 kuntum bunga lawang & 3 bunga cengkih
3) 5 tangkai cili kering, dihiris dan buang biji
4) 2 tangkai daun kari diraut
5) 1 sudu teh serbuk jintan manis
6) 2 sudu besar penuh minyak sapi

Cara:

1) Didihkan 5 cawan air dan masukkan kacang dhal, serbuk kunyit dan bawang. Reneh sehingga kacang dhal sedikit hancur dan kuah hampir pekat.
2) Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan tumis 1~4. Bila bawang sedikit kekuningan, masukkan serbuk jintan manis. Goreng sehingga terbit bau.
3) Kemudian tuang bahan goreng ke dalam kuah dhal dan kacau sehingga rata. Biarkan 15 minit
4) Sebelum dihidang, taburkan sedikit serbuk cili kering

Ops, jangan lupa garam secukup rasa πŸ™‚

Selamat mencuba.

Advertisements

12 thoughts on “Kuah Dhal

  1. Betul…betul mengundang selera! πŸ‘
    Btw, kacang dhal itu nama lainnya apa, Sis? 😊
    Saya bukan orang yang pintar masak, jadi gak pernah dengar nama kacang ini.

  2. Jom cuba resipi ini sis Fatmawaty. πŸ™‚

    Kacang dhal/eng. split peas. Bahasa Indonesia tidak tahu. Mungkin kalau digoogle, sis akan dapat melihat gambar kacang dhal ini..

    1. Betul tu Amie, kacang dhal banyak khasiatnya tapi setengah orang tak makan sebab badan boleh berangin.
      Dulu saya rajin juga buat roti sendiri, tapi sekarang beli yg frozen je…sedap juga. πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s