Kita sedia maklum bahawa berat badan berlebihan dan obesiti, ketidakaktifan fizikal dan pemakanan yang tidak sihat boleh menyumbang kepada risiko penyakit kanser. Kini dikatakan diet yang tinggi kandungan garam pun boleh menggandakan risiko untuk mendapat kanser perut. Kajian telah menunjukkan pengambilan garam yang tinggi boleh merosakkan lapisan perut. Ini merupakan salah satu sebab mengapa garam boleh meningkatkan risiko penyakit kanser perut.
Menurut World Cancer Research Fund (WCRF), mengurangkan makan makanan masin boleh mengurangkan risiko mendapat kanser perut.
Penyelidik kanser UK, Lucy Boyd berkata: “Kajian mengesahkan laporan yang diterbitkan dari penyelidikan kanser UK baru-baru ini, yang telah menunjukkan bahawa terlalu banyak garam juga menyumbang dengan ketara kepada bilangan orang yang mendapat kanser perut di UK”.
Pengambilan terlalu banyak garam dalam makanan bukan sahaja memberi kesan negatif kepada tekanan darah, penyakit jantung, strok serta penyakit buah pinggang tetapi nampaknya ia juga boleh meningkatkan risiko penyakit kanser perut.
Menurut seorang Professor, “Walaupun pengambilan garam dikurangkan hanya sedikit, namun ia akan memberi manfaat yang besar pada kesihatan”.
Akhir kata, ingatlah bahawa diet yang sihat adalah sangat penting!