Apabila terlalu banyak toksin terkumpul di dalam badan, metabolisme menjadi perlahan dan organ-organ tidak berfungsi dengan baik.
Akibatnya toksin berpotensi membahayakan tisu badan dan boleh membawa kepada penyakit-penyakit. Untuk mengekalkan kesihatan kita, kita perlu melakukan program pembersihan yang komprehensif.

Detox menyingkirkan toksin yang tidak diingini badan. Sesetengah orang melakukan detox sebagai persediaan untuk plan diet utama mereka. Detoksifikasi adalah penting untuk saluran pencernaan, membuang toksin dari paru-paru, membantu buah pinggang untuk menapis darah, meningkatkan keberkesanan fungsi hati dan hempedu dengan lebih baik dan membuang bahan buangan dari pundi kencing. Kandungan toksin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kelesuan, sakit kepala, nafas berbau, sukar tidur, sakit otot, keletihan dan justeru itu mengurangkan kualiti hidup

Rejim detox yang berkesan berkeupayaan untuk meng-alkali-kan badan, dan ini akan membantu darah membawa nutrien dan oksigen ke sel-sel badan, mencerna dan menyerap makanan dengan lebih baik, meningkatkan sistem imun dan mengembalikan keseimbangan badan. Hasilnya badan akan berfungsi ditahap kesihatan yang optimum.

Satu kaedah detox yang berkesan dan selamat untuk membantu badan menyahkan toksik adalah puasa. Malah, puasa disyorkan untuk banyak penyakit.

Apabila mula melakukan detox kesan sampingan yang lazim adalah sakit kepala, sakit otot, loya dan sembelit. Walaubagaimana pun kita tidak perlu bimbang kerana badan melalui “krisis penyembuhan” bagi menghapuskan toksin….

Saya pernah melakukan detox beberapa kali dan saya dapati badan akan terasa lebih ringan, segar dan sihat. Bukan itu saja, berat badan pun boleh turun… πŸ™‚

2 thoughts on “Kenapa perlu detox

  1. Saya rasa info dalam blog puan sangat bermanfaat. Boleh tak puan berkongsi maklumat sekiranya ada resepi detox menggunakan ramuan yang mudah didapati di rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s