Khasiat Daikon & ‘fried carrot cake’

Daikon biasanya dipanggil white radish atau lobak putih ini kaya dengan antioksidan, asid folik, vitamin C, B kompleks,fosforus dan anthocyanins. Nutrien ini sangat berkesan melawan kanser. Kandungan serat yang tinggi berkesan merawat buasir dan sembelit.

Enzim yang terkandung dalam jus daikon boleh melarutkan lendir dan kahak dalam sistem penafasan, sangat baik bagi pesakit asma dan jangkitan bronkial serta masalah resdung. Para saintis di Jepun telah menemui bahawa jus daikon membantu menghalang pembentukan karsinogen dan bahan kimia berbahaya di dalam badan. Ia juga boleh membantu sistem penghadaman dan bermanfaat pada fungsi pundi hempedu dan hati serta berkesan merawat jaundis dan jangkitan saluran kencing. Daikon juga baik untuk mendetoksifikasikan badan.

Baru-baru ini saya masak kek daikon.

Inilah daikon
image

Daikon selepas disagat
image

Bila daikon dah masak ia akan kelihatan cerah
image

Hmm..dah pun masak daikon cake ini, lama juga menunggu ia dikukus. Dapat 2 bekas kecil 🙂
image

Daikon cake dah pun digoreng, masakan ini selalunya dipanggil ‘fried carrot cake’.
image
Mesti goreng hingga garing baru sedap.

image

Resipi fried carrot cake

Bahan untuk daikon cake
1) 2 batang daikon yang dibuang kulit
2) 1 cawan air untuk tepung
3) 1 1/2 cawan air untuk rebus daikon
4) 2 cawan tepung beras
5) 3 tbsp tepung ubi kayu
6) Garam secukup rasa.

Caranya:
1) Daikon di sagat nipis dan direbus dengan 1 1/2 cawan air. Bila dah menggelegak, kecilkan api dan tutup periuk, masak selama 30 minit.
2) Campur tepung beras, tepung ubi dan masukkan 1 cawan air. Kacau sehingga sebati dan masukkan garam. Tapiskan adunan supaya tidak ada ketulan tepung.
3) Bila daikon dah masak, tutup api dan masukkan adunan tepung dan kacau hingga rata.
4) Masukkan adunan daikon ke dalam bekas yang telah diminyakkan terlebih dahulu dan kukus selama 1 jam 30 minit. (Pastikan air dalam pengukus mendidih dahulu sebelum masukkan adunan daikon)
5) Dah masak keluarkan daikon kek dari pengukus dan biarkan sejuk
6) Simpan dalam peti sejuk dan esoknya bolehlah potong dan goreng

Fried Carrot Cake:

1) Sedikit minyak untuk menggoreng, bawang putih, bawang besar, pes cili kering, kicap dan garam secukup rasa.
2) 1/2 bahagian daikon cake (daripada1 bekas), 2biji telur (lebih telur lagi sedap) dan daun bawang untuk ditabur ke atas carrot cake.
3)Tumis bawang hingga kekuningan, masukkan pes cili, kicap dan garam. kemudian masukkan daikon cake yang telah dipotong kiub, kacau hingga rata dan akhir sekali masukkan telur dan kacau hingga sebati. Goreng sehingga garing.

Carrot cake ni lembut, jadi masa menggoreng kena berhati dan sebaiknya daikon cake dipotong kecil.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera 😉

Kenapa perlu detox

Apabila terlalu banyak toksin terkumpul di dalam badan, metabolisme menjadi perlahan dan organ-organ tidak berfungsi dengan baik.
Akibatnya toksin berpotensi membahayakan tisu badan dan boleh membawa kepada penyakit-penyakit. Untuk mengekalkan kesihatan kita, kita perlu melakukan program pembersihan yang komprehensif.

Detox menyingkirkan toksin yang tidak diingini badan. Sesetengah orang melakukan detox sebagai persediaan untuk plan diet utama mereka. Detoksifikasi adalah penting untuk saluran pencernaan, membuang toksin dari paru-paru, membantu buah pinggang untuk menapis darah, meningkatkan keberkesanan fungsi hati dan hempedu dengan lebih baik dan membuang bahan buangan dari pundi kencing. Kandungan toksin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kelesuan, sakit kepala, nafas berbau, sukar tidur, sakit otot, keletihan dan justeru itu mengurangkan kualiti hidup

Rejim detox yang berkesan berkeupayaan untuk meng-alkali-kan badan, dan ini akan membantu darah membawa nutrien dan oksigen ke sel-sel badan, mencerna dan menyerap makanan dengan lebih baik, meningkatkan sistem imun dan mengembalikan keseimbangan badan. Hasilnya badan akan berfungsi ditahap kesihatan yang optimum.

Satu kaedah detox yang berkesan dan selamat untuk membantu badan menyahkan toksik adalah puasa. Malah, puasa disyorkan untuk banyak penyakit.

Apabila mula melakukan detox kesan sampingan yang lazim adalah sakit kepala, sakit otot, loya dan sembelit. Walaubagaimana pun kita tidak perlu bimbang kerana badan melalui “krisis penyembuhan” bagi menghapuskan toksin….

Saya pernah melakukan detox beberapa kali dan saya dapati badan akan terasa lebih ringan, segar dan sihat. Bukan itu saja, berat badan pun boleh turun… 🙂

Cambah benih (Sprouting) – 2

Ini adalah hasil cambah benih.
image
Saya cambah 3 jenis benih, 5 hari lepas kacang hijau, dua hari kemudian detox mix dan keesokkan harinya pula protein mix

image
Kita boleh dapat semangkuk besar taugeh dengan hanya 2tbsp kacang hijau hehe..

image
Tak lama lagi bolehlah makan detox mix dan protein mix pula, insyaAllah 😀
image
Tadi rendam 3 lagi jenis benih, brokoli, alfalfa dan kacang hijau. Suami lebih suka taugeh, nampaknya kenalah masak taugeh selalu..

image
Hmm… cambah benih nampaknya dah jadi hobi baru saya, dan hasilnya boleh memberi banyak manfaat pada saya dan keluarga. InsyaAllah
😀

image
Sebenarnya saya dan suami memang suka sangat makan taugeh tapi saya dah lama tak beli. Kini makan taugeh organik, cambah sendiri pulak tu. Best jugak hehe…

image
Plan nak masak sup taugeh ikut resipi korea, hmm…bijan dan minyak bijan dah habis jadi buat sup biasa je la. Saya masukkan 3 cawan air + ikan bilis, rebus. Keluarkan ikan bilis ( saya biarkan je ikan bilis dalam sup ), kemudian masukkan 1 labu bawang besar dipotong kiub, 3 ulas bawang putih di ketuk dan serbuk lada putih secukup rasa serta kicap. Masukkan taugeh, 1 tbsp minyak zaitun dan garam. Resipi korea kalau masak sup taugeh, dimasak atas api selama 25 minit. Jadi tadi saya pun biarkan lama atas api. 😀

Hari ini suami balik makan tengah hari di rumah. Kami makan sup taugeh. Hahaha…

Cara nak cambah benih boleh klik disini.