Semalam saya beli buah tunjuk langit, saja-saja nak cuba. Kata mak cik yang jual, buah ni sangat pahit tetapi baik untuk kesihatan.

Saya pun cubalah gigit sikit buah tunjuk langit ni dan terkena pada lidah, ya Allah, pahit sungguh! Tak pernah saya rasa satu makanan sepahit ni. Saya fikir, perlu ke saya cuba makan buah ini?

Bila saya baca tentang khasiat buah tunjuk langit ini, ia menarik minat saya untuk mencuba tapi bila kenangkan rasanya pahit yang amat sangat membuat saya fikir dua kali, hihihi.. Banyak jenis herba saya dah cuba, ada juga yang pahit tapi yang ini lain macam sikit, terlalu pahit πŸ™‚

Anyway jom kita baca kelebihan buah ni..

Di Malaysia buah tunjuk langit digunakan sebagai bahan asas vitamin dan ubat-ubatan. Ia mengandungi flavonoid dan saponin.
Kandungan flavonoid dalam buah tunjuk langit adalah baik untuk peredaran darah, mencegah saluran darah tersumbat dan mengurangkan deposit kolesterol dan juga lemak pada dinding saluran darah. Ia juga bertindak sebagai anti radang, membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan dan lebam serta turut bertindak sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas. Manakala saponin pula berguna untuk mengurangkan lemak badan, meningkatkan sistem imun, bertindak sebagai agen pencegahan kanser, memperbaiki tahap gula dalam darah, menguatkan fungsi hati dan jantung serta melambatkan proses pembekuan darah.

image

image

Buah ini dikatakan anti penuaan serta boleh merangsang tenaga, membina semula tisu, mengaktifkan sel-sel, menguat perut, jantung, paru-paru, limpa, menambah darah dan menguatkan arteri, mengawal gula darah dan mengembalikan kesihatan jantung dan otak.
Ia juga baik untuk merawat diabetes, hipertensi, alahan kulit, asma, senggugut, strok peringkat pertama, gastritis, reumatik, penyakit hati, nafas berbau, ketumbuhan, sembelit dan masalah penghadaman.

Cara mengambilnya:
1) Untuk mengekalkan kesihatan, ambil 1 biji pada waktu pagi semasa perut kosong
2) Untuk tujuan berubat, ambil 1 atau 2 pada waktu pagi semasa perut kosong (mak cik yang jual beritahu saya, ambil 1 pagi sebelum sarapan dan 1 di waktu malam). Minum banyak air.

Kalau digigit sikit2 dan telan dengan air atau dikisar lebih berkesan dan meningkat penyerapannya ke dalam tubuh badan tapi mampukah kita? Biji buah tunjuk langit ni boleh ditelan begitu saja tapi saya tak tahulah tahap keberkesanannya.

Atau…. beli je lah dalam kapsul πŸ˜‰

Bacaan tambahan:

Sky fruit

Sky fruit, Swietenia macrophylla

53 thoughts on “Buah tunjuk langit / Sky fruit

  1. you’re most welcome..
    NEVER stop blogging..cause once you stopped..it’s hard to keep track..
    banyak sawang dan lalang yang kena tebas ^_^
    keep up the good work..kudos

    1. Terima kasih Panduan Bisness Wanita. Bagi mereka yang pernah mengambil dikatakan mendapat bermanfaat.. wallahua’lam. Anyway saya sertakan rujukan disini agar dapat membantu…. πŸ™‚

  2. Saya nak cuba utk turunkan diabetes, 2 hari lepas check-up tinggi pulak 13 mmol masa puasa, sekali dengan blood pressure pun tinggi…so azam tak tinggal ubat doktor dan nak tambah dgn tunjuk langit ni (cik abang siap belikan yg biji punya – tak taulah kalo berani nak telan tapi cuba kapsul aje dulu kot insya Allah) Harap2 berkesan..tima kasih ye Kasih atas info yg bernas ni. Semoga Allah merahmati kita semua

    1. Sama2 ateelia abdullah. Baru2 ni ada seorang hamba Allah beritahu, dia ambil buah tunjuk langit untuk darah tinggi, katanya berkesan. Saya harap ia juga berkesan untuk ateelia. Tapi sekiranya ateelia ambil ubat darah tinggi dan ubat kencing manis, bagus juga dptkan pandangan doktor, untuk pastikan tidak ada kesan sampingan..

  3. Guna cara saya. Alaskan 2 butir isi tunjuk langit dengan plastik. Ketuk perlahan2 sampai isinya hancur. Ambil 1/2 titis air masak. Gaulkan hingga isi tunjuk langit tu sebati. Gentel jadi bulat macam pil. Biarkan seketika dalam 10 minit.. Telan macam kita makan panadol.

  4. Asslam semua

    saya ada arteritis and almost kena gout..pantang je mkn apa2 waktu pagi or lunch / dinner..mesti lps 2 hours sendi2 sy bengkak dan sakit..sampai tahap merangkkan nk bgn pun ada.. doc bg ubat gout n painkiller..tp kedua2 sy x makan.. lps buat ujin darah ..mmg urid aicd sy border line..kolestrol just above the limit…
    SO,

    kwn india sy bgtau cubalah tunjuk lgt..dia amalkan,,kapsul type..
    sy x endahkan ckp dia sampaila wife pun bgtau psl skyfruit..then sy google n found out the benefit..apa lagi, hr ahad terus cari kt tapak stadium shah alam..beli 2 botol kapsul and mkn buah ori..mak aiii pahitnyer tp OK la..da sakit..

    skrg sy amalkan baru ja 1 bula rasanya..dgn izin-NYA, alhamdulillah back to normal..now mkn apa2 pun x pantang lagi..tomyam cfood, sambal belacan, daging etc all ok.. cuma control dr segi kuantiti la..

    sekarang, sy amalkan 1 biji kapsul sehari (dulu 2 biji) and kdg2 sy mkn buah ori (patah 2) masuk dlm pisang n mkn terus (tp kapsul x amekla if mkn yg ori)..

    so, bln 12 nt sy akan buat blood test sekali lagi utk dptkan impact lps mkn buah ni..
    apa2 pun semua ini usaha kita and yg pasti berlaku hanya dgn izin-NYA..wallahualam

    selamat mencuba.

  5. skarang ni dah ada dalam bentuk kopi premix. saya ambil tunjuk langit + catuaba + tongkat ali. ok ler gak. harga pun x mahal. rm24.90 untuk 10 paket jer..pakai gula stevia plak tu

    1. Beberapa bulan lepas saya ada beli pokok tunjuk langit.. kata penjual, pokok ini jenis yang kecil dan tak tinggi..pokok saya hidup segar bugar tapi hingga kini tak besar2, hihi..
      Ada kesan positif tak pada kesihatan?

  6. as salam
    info yg bermanfaat..
    ahad lepas sy ada beli di utc sentul
    ada brother jual di bhgn pasar basah
    sy lbh suka makan mcm tu je.kalau rasa terlebih makan makanan kaborhidrat sy akan ambil sebiji.gigit di gigi n terus minum air,in sha allah,x terasa sgt pahitnya.terkena lidah tu yg terasa pahit.:)

    1. Hi there! Actually the fruit is really bitter to be consumed just like that. It is usually taken for health reasons.
      Have a nice day. πŸ™‚

  7. good info..

    saya bercadang nak mencuba makan buah ni..tp x berapa sure cara terbaik nak makan buah ni..silap2 cara, pahit smpai xle rasa makanan nnt…biasanya ada kesan sampingan x pada awal pengambilan?

    1. Terima kasih
      Buah tunjuk langit memang sangat pahit. mungkin cara terbaik ambil dalam bentuk kapsul. Sekiranya Bobbi ada mengambil ubat2 yang diberi doktor, bagi pandangan saya, adalah lebih baik berbincangan dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil buah tunjuk langit kerana dibimbangi mungkin boleh memberi kesan sampingan…

    2. salam..
      Buah ni mmg pahit..jgn amalkan jika da ok..psl boleh effect buah pinggang..kekuatannya mmg mcm pain killer.. So bila betul2 sakit makan..
      Sy mmg simpan kapsul n buah.. Jrg sgt mkn..x thn sakiy br mkn..lps tu ok..
      Kalu nk mkn buahnya boleh..kopek sikit n masukkan dlm pisang..then mkn la…selamat mencuba…

      1. Waalaikumussalam.
        Terima kasih di atas pandangan.
        Sehingga kini belum ada rujukan yang saya terbaca menyatakan buah ini digunakan sebagai pain killer.

    1. Mampukah Adzigx mengambilnya berterusan? satu lagi cara mungkin racik halus-halus/ kisar dan masukkan ke dalam kapsul. Boleh dapatkan kapsul halal di vitacare, inshaaAllah. πŸ™‚

  8. Pingback: catuaba ok ke
  9. Sky fruit ni mencegah, memang baik untuk diamalkan mengikut keperluan jgn lebih2. Selain drpda mencegah ia juga awet muda che wah……..sebelum ke kebun telan sebiji je…pecah2kan menjadi kecil n telan heheee…….sesiapa yg berbadan besar atau gemuk akan berkurangan apabila mengamalkan sky fruit ni….percayalah…….

  10. Assalam…ada apeΒ² kesan sampingan x bila kita mkn buah tunjuk langit ni? Sebab saya pernah try sbiji mkn buah ni..lepas 10mnt kpala rasa pening n mcm nk pitam..kenapa ye..mohon pencerahan dr owner n sahabatΒ².. terima kasih

    1. Waalaikumussalam. Saya pernah ambil buah tunjuk langit dalam bentuk kapsul. Alhamdulillah tak ada rasa apa2. Alynn ada ambil ubat tak sebelum ambil tunjuk langit? Mungkin juga buah ini tidak sesuai untuk Alynn.. wallahua’lam

Leave a Reply to Kasih Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s