Benarkah tekanan emosi boleh memudaratkan kesihatan?
.
.
.
Stress yang berpanjangan.
Kesihatan atau hubungan peribadi mula terganggu.
Ini adalah masa untuk membuat perubahan!
Apakah langkah yang paling berkesan yang perlu diambil? Tidak kira betapa sukar, mengurus emosi dengan betul adalah penting untuk kebahagian dan kesihatan.
Mengalami emosi adalah sebahagian daripada norma kehidupan. Walau bagaimanapun, apabila emosi menguasai diri, tubuh badan mudah mendapat penyakit.
Apabila tekanan emosi seperti keresahan, kekecewaan dan kemarahan mula timbul dalam diri, degupan jantung dan penafasan akan semakin deras. Jika tidak ditangani segera, sistem penghadaman pula akan terganggu.
So what to do?
Jom baca tips di bawah ini…
1) Amalkan Deep breathing untuk relakskan badan.
2) Apa yang kita makan boleh mempengaruhi mood, fizikal dan minda. Pastikan kita mendapat nutrien yang diperlukan untuk sistem saraf yang sihat. Adalah penting memastikan pengambilan vitamin B, D, omega -3 fatty acids, DHA dan EPA
3) Orang kata laughter is the best medicine. Saya kata laughter is the best stress reliever. Contohnya, tonton filem komedi dan apa2 saja yang menggembirakan anda.
4) Pergi holiday, berehat seketika untuk mendapat ketenangan. Tak payah pergi jauh. Di malaysia ni pun banyak tempat menarik. 🙂
5) Mendekatkan diri pada flora dan fauna juga boleh memberi ketenangan. Setengah orang lupa masalah bila gardening atau bermain dengan kucing tapi tips ni tidak berkesan untuk saya sebab bila pokok saya tidak menjadi boleh buat saya lagi stres, hahaha..
4) Senaman adalah satu aktiviti terbaik untuk mengimbangi emosi.
5) Yang paling penting bila kita ditimpa masalah yang menyebabkan kita menjadi stres, ambillah wuduk dan mengadulah pada yang Maha Esa. Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan doa.
TQ 🙂
Sama2. 😉