Asparagus, sayur yang kaya dengan antioksidan amat bermanfaat bagi orang yang mengalami edema (pengumpulan cecair dalam tisu badan) kerana ia mengandungi paras tinggi amino acid asparagine yang berfungsi sebagai diuretik semulajadi. Ia membantu menghapuskan garam badan yang berlebihan. Kandungan glutathione yang terdapat dalam asparagus dikatakan dapat mencegah kulit dari kesan penuaan.
SALAD ASPARAGUS
Salad Asparagus ini saya masukkan banyak bawang putih goreng π
Bahan-bahan:
1) 10 ulas bawang putih diketuk dan dicincang. Goreng hingga kekuningan. Toskan
2) 1 paket asparagus (15 batang), 2 biji tomato, 2 ulas bawang merah, daun bawang dan naganegi (leek jepun) dihiris.
3) Jus lemon, lada hitam dan garam secukup rasa.
Campur semua bahan, gaul hingga rata dan biarkan selama 30 minit sebelum dihidang.
IKAN GORENG KERAPU
Saya perap ikan ini dengan serbuk kunyit, serbuk cili kering dan garam secukup rasa. Kalau suka pedas letak lebih serbuk cili kering.
SOTONG REBUS SERAI
Tidak dapat dinafikan masakan tomyam, asam pedas, lemon dan singgang sangat popular dan sedap. Tapi malam ini saya inginkan kelainan, jadi saya masak sotong rebus serai pula. Serai banyak khasiatnya. Ia mampu melegakan sakit otot dan sendi. Bukan itu saja, ia juga boleh mengurangkan uric acid dan merangsang pencernaan.
Untuk masakan ini saya rebus 5 batang serai yang diketuk, 3 ulas bawang putih diketuk, cili kering bersama 2 1/2 cawan air. Bila mendidih saya reneh selama 15 minit dan kemudian masukkan sotong. Masak sotong sekejap saja, kalau lama sotong boleh jadi keras dan liat..
Sudah siap pun dinner yang simple.. π
Saya tak pernah beli dah asparagus sebab orang dalam rumah tak reti makan. (atau saya yang tak reti masak). Tapi saya suka makan, jika jumpa kat mana kedai yang saya singgah.
Sotong masak rebus serai tu menarik la, saya nak cuba la buat nanti. Simple dan pasti sedap hirup kuah panas-panas, kan?
Bagi saya dan keluarga, asparagus ni cuma sedap dibuat salad je sebab bila d hidang cepat habis, π . Harap Azie suka masakan sotong tu nanti..
As Salam Kasih,
biasa juga dgn sotong rebus ngan serai cuma tak guna cili kering tapi cili padi tu pun tak berani nak pecahkan sebab saya tak tahan pedas…saya suka perah limau kasturi…cuma yang saya takut sotong tu meletup bila kita nak goreng…sebab tu juga saya lebih suka rebus je..
Asparagus tu biasa mak masak tumis biasa je…bubuh sos tiram…kekadang sedap juga kalau campur sekali dengan hirisan daging,,,asparagus biasa mak tak tumit sampai layu…setengah masak dah angkat..
p/s cantik Kasih buat sotong tu…kalau saya dah lama saya potong… π
thanks, Kasih..
WaalaikumusSalam. Terima kasih Nurhayyu kerana sudi luangkan masa baca blog saya…
Saya juga x suka goreng sotong sebab meletup2, takut kena percikkan minyak panas. π¦
Sedap masukkan jus limau kasturi, cili padi & daun ketumbar, best gitu..hehe..
Asparagus goreng rangup, memang sedap. π