Hanya saya yang suka masakan ini!

Bila suami kata dia kurang suka daun kaduk dan tolak mangkuk sayur tu ke depan saya, hati saya berkata “bestnya”! 😀
Hanya saya seorang je yang suka makan daun kaduk dan masakan ini, hahaha…

Biasanya daun kaduk dimakan sebagai ulam mentah atau dicelur. Air rebusan selalunya diminum bagi merawat masalah penghadaman, menurunkan suhu badan kerana demam panas dan juga untuk mengatasi masalah angin dalam perut dan usus.

image

image

image

Bahan-bahan:
1) Semangkuk Pucuk muda daun kaduk
2) 2 tbsp biji bijan, ditumbuk bagi pecah bijan
3) 1/2 cawan air
4) 1/2 tsp serbuk kasar cili kering
5) Sedikit serbuk jintan manis
6) Sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
7) 1/2 cawan santan pekat atau santan kotak kara.

Masak semua bahan 2~6 hingga mendidih. kemudian masukkan daun kaduk dan akhir sekali masukkan santan. Bila dah mendidih bolehlah tutup api. Jangan dibiarkan lama atas api nanti akan naik minyak, tak sedap…

Untuk masakan ini, citarasa kami berbeza.. 😉

My favourite side dish.

Ahli pemakanan mengatakan, sayur-sayuran perlu dijadikan sebahagian besar daripada diet harian kita dan salad adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang berlainan jenis mengandungi gabungan nutrien yang berlainan, jadi makan banyak jenis sayuran salad akan memberi banyak manfaat kepada sel-sel badan dan kesihatan.

Makan salad adalah cara mudah untuk kurangkan kalori. Diet yang tinggi serat ini boleh membantu mengurangkan berat badan, menurunkan paras kolesterol, merawat sembelit dan mencegah daripada pelbagai penyakit seperti masalah jantung dan tekanan darah…

Saya juga suka memasukkan minyak zaitun atau minyak bijan ke dalam hidangan salad kerana ia akan membantu meningkatkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan dan juga menambahkan rasa sedap pada salad… 🙂

image

image

image

image

image

Bahan-bahan:
1)  4 helai daun Perilla dimayang halus. Daun ini bila dihiris mengeluarkan bau yang agak kuat. Saya suka bau dan rasanya yang unik.
2)  Segenggam  daun Arugula
3)  Segenggam daun Mizuna
4)  8 biji tomato ceri dibelah tiga
5)  1/2 labu bawang besar dipotong kiub
6)  1 tbsp minyak zaitun
7)  1/4 tsp serbuk jintan manis
8)  1 tsp madu dan jus dari 1 biji lemon
9)  1/2 tsp serbuk kasar cili kering, lada hitam dan garam secukup rasa.

Campur bahan 6~9 dan gaul hingga sebati dan kemudian masukkan semua bahan 1~5 dan gaul hingga rata.

Salad ini sesuai dimakan bila-bila masa dan sangat berkhasiat.

Jom kita amal makan salad! 🙂

Daun Peria Pantai

Daun Peria Pantai mudah dikenali kerana ia berkilat. Rasanya sedikit pahit dan lemak. Biasanya daun mudanya dicelur dan dimakan bersama sambal. Ada juga yang gemar buat masak lemak atau masak bening.

Daun ini dikatakan dapat menstabilkan tekanan darah dan mengawal gula dalam darah. Bagi setengah orang daun peria pantai boleh mendatangkan masalah angin dalam badan dan cirit birit kalau makan berlebihan.

Hidangan kegemaran anak saya..
Meh tengok resipi peria pantai. 🙂

image

image

image

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk pucuk peria pantai yang telah dicelur dan ditoskan.
2) 1 tbsp minyak bijan
3) 1/2 tsp serbuk kasar cili kering. Kalau suka pedas tambah serbuk cili kering..
4) 1/2 biji lemon, nak masam lebihkan jus lemon.
5) 3″ ikan masin kurau, dihiris kecil dan nipis
6) 3~4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang.
7) 1 tsp bijan yang digoreng tanpa minyak.

Caranya:
1) Campurkan semua bahan 1~ 4 dan masukkan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
2) Goreng ikan masin dan bawang putih sehingga kekuningan dan kemudian tos kan.
3) Masukkan bahan yg digoreng dan biji bijan ke dalam pucuk peria pantai dan gaul sehingga rata..

Selamat menjamu selera 🙂