Saya sering lihat ramai wanita guna kertas surat khabar untuk membungkus makanan. Adakala juga ia digunakan bagi menyerap minyak makanan bergoreng seperti pisang goreng, ubi goreng, donut dan sebagainya. Membungkus makanan dengan surat khabar adalah tindakan membahayakan dan ada kebimbangan ini boleh menimbulkan kesan yang serius pada kesihatan.

image

image

Penyelidik barat melaporkan bahawa dakwat surat khabar mengandungi bahan yang boleh memberi pelbagai kesan negatif pada tubuh badan. Kajian telah menunjukkan ada dakwat surat khabar yang karsinogenik (penyebab kanser) dan ia boleh meresap ke dalam makanan.

Oleh kerana kita tidak tahu dakwat yang digunakan oleh pencetak itu toksik atau tidak, adalah lebih baik mengambil sikap berhati-hati dengan memastikan kita tidak menggunakan kertas surat khabar bagi membungkus makanan dan menggunanya sebagai alas untuk menyerap minyak.

Banyak Surat khabar menggunakan dakwat berkualiti rendah yang sangat toksik. Surat khabar lama adalah tempat sangat kondusif untuk pembiakan bakteria. Ia boleh menyebabkan keracunan makanan jika digunakan…

Janganlah kita gunakan surat khabar untuk membungkus makanan, carilah aternatif lain yang lebih selamat. 🙂

2 thoughts on “Surat Khabar & Makanan.

  1. Emak saya dr dulu sampai sekarang masih gunakan s.kabar.umur dia dah 77 thn tapi sihat je sampai sekarang……

    1. Alhamdulillah….saya pernah juga diberitahu, “aku hisap rokok dari muda sampai dah tua ni, x dapat kanser pun, sihat je”… :).

Leave a comment