Senangin masak durian

Saya suka sangat masakan ikan patin tempoyak. Dah lama benar tak makan. Hari ini rasa teringinlah pulak tapi tempoyak tak ada, ikan patin pun tak ada. Durian segar dan ikan senangin adalah. Sebelum ini tak pernah masak lauk pauk guna durian segar. Saya fikir, cuba je lah. Kalau tak cuba mana nak tahu sedap ke tidak masakan ini, kan?

Haaaa… anak saya kata rasa masakan ini lebih kurang sama masak tempoyak. Bertambah juga dia makan, Alhamdulillah 🙂

Jom tengok resipi..
image

image

Bahan-bahan:

1/2 cawan isi durian dilenyek serta digaul sebati dengan 1/2 biji jus lemon.

1) 1 ekor ikan senangin dikerat tiga.
2) 2 ulas bawang putih
3) Cili padi
4) Serbuk kunyit/kunyit hidup
5) 1″ lengkuas
6) 1 batang serai di ketuk
7) 1 kuntum bunga kantan dibelah dua
8) Sedikit daun kesom
9) 3 keping asam gelugur & garam secukup rasa

Cara:
1) Tumbuk bawang putih, cili padi & serbuk kunyit.
2) Didihkan air secukupnya & masukkan bahan yang ditumbuk.
3) Masukkan durian dan kacau hingga sebati.
4) Kemudian masukkan ikan dan semua bahan 5~9. Bila didih renehkan sekejap.

Kalau rasa nak lebih masam bolehlah tambahkan jus lemon.

Ok, you all bolehlah try. 😀

Schizandra.

Semasa di Korea pada bulan jun lepas, saya sempat juga membeli 5 jenis Korea Tea iaitu lotus flower tea, mulberry leaves tea, persimmon’s leaves tea, buck wheat tea dan schizandra fruit tea.

Hari ini, barulah saya mula minum schizandra fruit tea. Masa saya nak buat tea tadi, frustlah juga sebab saya dah tersilap beli. Rasanya, ketika nak beli tu macam ambil schizandra berries rupanya terambil yang dah diproses. 😦

Anyway rasa tea ini, memanglah sedap.

Schizandra, merupakan herba yang sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Ia dikenali sebagai herba lima perisa. Ia digunakan sebagai tonik untuk libido lelaki dan wanita, meningkatkan kesihatan hati dan berkesan membantu metabolisma toksin.

Hati adalah organ yang penting untuk kesihatan manusia kerana ia menapis toksin dari darah, membantu pencernaan dan mengeluarkan serta menyimpan nutrien. Schizandra bukan saja melindungi hati dari toksik, tetapi ia juga boleh merangsang pertumbuhan semula sel-sel hati.

Gambar Schizandra berries dari google.

image

Kunyah beberapa biji Schizandra berries setiap hari akan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.

image

image

Schizandra terkenal kerana ia dapat memberi kesan yang kuat pada tenaga. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk yang kronik, sesak nafas dan semput serta meningkatkan kesihatan mata.

Dikatakan jika mengambil schizandra selama 100 hari dapat membersihkan darah dan menajamkan minda.

Schizandra selamat diambil untuk jangka panjang. Namun begitu ia tidak boleh diambil semasa hamil atau pesakit yang mempunyai masalah membuang air kecil.

Rujukan:

Herbal Remedies, Andrew Chevallier.

Salad Jeruk

Salad jeruk sawi kerinting untuk berbuka puasa sebentar tadi. Mmmm…hidangan yang sihat. 😉

JERUK SAWI KERINTING
image

SALAD JERUK SAWI KERINTING.
image

image

Bahan-bahan:
1) 1/2 mangkuk jeruk sawi kerinting diperah buang air jeruk dan dihiris nipis
2) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
3) 2 tangkai cili merah dihiris
4) 1 kuntum bunga kantan dihiris nipis dan dicincang halus
5) Sedikit daun bawang dihiris
6) 1 1/2 tbsp minyak bijan.
7) Sedikit jus lemon dan garam secukup rasa.

Cara:
Gaul semua bahan 1~7 sehingga sebati.

Selamat mencuba. 😉