Pokok kacang botor merupakan sejenis tumbuhan yang melilit dan hampir semua bahagian pokok ini boleh dimakan. Ia kaya dengan protein, mineral, vitamin A dan C. Buah kacang botor mencapai panjang maksima dalam masa 20 hari selepas berbunga. Ia masih lembut ketika ini serta sesuai untuk dipetik dijadikan sayur atau ulam.

Mak saya panggil sayur ini kacang kelisa, tapi ada juga orang panggil kacang botol. Ramai orang suka tanam pokok ini sebab ia mudah hidup. Tabur saja biji benih dan rajin siram air, InsyaAllah hiduplah ia. Kacang botor sedap dibuat kerabu atau pun digoreng. Tapi yang paling saya suka ialah makan sebagai ulam, cicah dengan sambal atau dibuat salad. Daun kacang botor sedap juga dibuat masak bening atau pun masak lemak.

Tak disangka, rupanya biji kacang botor boleh diproses seperti kacang soya untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan minuman. Ia diiktiraf sebagai makanan berkhasiat yang kaya dengan protein. Air rebusan akar pokok kacang botor pula diminum untuk merawat penyakit ‘vertigo’. Manakala daun dan biji nya boleh dimasak dan dimakan untuk mengubati ulser.

Disamping itu, daun kacang botor boleh juga digunakan untuk merawat bisul – tumbuk daun kacang botor hingga lumat dan lepas tu tampal lah pada bisul..

KACANG BOTOR

1448545780796

SALAD KACANG BOTOR

 

1448545926264

Seperti biasa, saya sangat gemar buat salad untuk hidangan makan tengah hari atau pun malam. πŸ™‚

Resipi salad kacang botor.

Bahan-bahan:
1) 6 tangkai kacang botor, dicelur ke dalam air panas sekejap dan kemudian segera siram dengan air paip supaya tidak lembik. Dihiris
2) 1 kuntum bunga kantan, dihiris nipis dan dicincang halus.
3) 1 biji tomato, 3 ulas bawang merah dan 1 cili merah dihiris nipis.
4) 1 sudu besar minyak bijan, jus 1/2 biji lemon dan garam.

Gaul semua bahan sehingga rata dan biarkan sekejap sebelum dihidang.

Sumber:

Pokok Kacang Botor

Sayuran: Khasiat Makanan & Ubatan
Oleh, Ong Hean Chooi

Advertisements

5 thoughts on “Khasiat Kacang Botor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s