Arteriosklerosis

Arteriosklerosis adalah satu keadaan dimana arteri menjadi sempit dan keras disebabkan oleh berlebihan plak didinding arteri. Keadaan ini menganggu aliran darah ke seluruh tubuh.

Alteriosklerosis boleh terjadi pada arteri di otak, jantung, buah pinggang dan organ penting lain. Jika alteriosklerosis terjadi pada arteri yang menuju ke otak, maka boleh terjadi strok. Sekira terjadi di dalam arteri yang menuju ke jantung, boleh terjadi serangan jantung.

Makan makanan yang tinggi kandungan lemak akan membuat alteriosklerosis lebih teruk dan meningkat risiko mendapat serangan jantung dan strok. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu kerana ia akan  meningkatkan tahap kolesterol LDL dalam darah.

image

Resipi Pengubatan Alternatif:

1) Nenas, buah plums, epal, daun salad, buah pir, artichoke dan bawang putih.

2) 1 ulas bawang putih yang telah dibuang kulit, ditumbuk dan direndam ke dalam minyak zaitun. Campuran ini ditutup selama 1 1/2 bulan dan dijemur bawah matahari.

Ambil 1 sudu sebelum sarapan setiap hari selama 40 hari.

Sumber: Dr. Khalid Gadd
Ensiklopedia Pengubatan Herba.
Terapi Alternatif Kedoktoran Islam

Yellow Squash

Sayur ini sering juga dikenali sebagai pattypan squash dan scallop squash. Ia kaya dengan serat, vitamin dan mineral seperti kalium dan magnesium yang dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko serangan jantung dan Strok.

Sayur ini juga mengandungi oxalates. Bagi mereka yang menghadapi masalah buah pinggang atau pundi hempedu, sebaiknya elaklah makan sayur pattypan ini atau mana-mana sayur yang mempunyai kadar oxalates yang tinggi. Kajian telah menunjukkan bahawa oxalates mengganggu penyerapan kalsium dan jika badan tidak dapat menyingkirkan oxalates, ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan.

image

image

image
Masakan sayur campur yang mudah dan simple.. 😉


Pattypan Squash Nutrition Information

Limau Kasturi

Siapa sangka buah yang sekecil limau kasturi ini mempunyai khasiat yang lebih banyak daripada sebiji epal hijau iaitu antara buah-buahan yang mempunyai kadar antioksidan terbaik.

Perahan jus limau kasturi bukan saja mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman. Malah jus limau kasturi apabila dicampur dengan air dan madu diminum boleh merawat batuk, demam panas, keletihan, selsema dan sakit kerongkong. Selain dari itu minum jus dari 3 biji buah limau kasturi tanpa dicampur air sebelum sarapan selama 3 hari berturut-turut dikatakan berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

Jus limau kasturi mengandungi Floretin-G yang amat baik untuk kesihatan badan. Ia juga mengandungi vitexsin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.

image

Selain Floretin-G,limau kasturi juga mempunyai asid ferulik iaitu bahan antioksidan semulajadi untuk menambah baik kesihatan sistem tubuh manusia selain dapat mengurangkan kedutan pada kulit.

Hmm..rasanya yang masam tapi mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. 🙂

Rujukan:
Berita Harian 1 Jun 2013
Ong Hean Chooi: Rempah-ratus, khasiat makanan & ubatan.