Resipi hari ini. π
Bahan-bahan:
1) 250g daging batang pinang dihiris nipis
2) 3 ulas bawang putih & 1/4 sudu teh rosemary kering ditumbuk lumat
3) 1/4 sudu teh serbuk lada putih
4) 1/4 sudu teh rosemary kering
5) 1 biji tomato dibelah 8
6) Garam secukup rasa
Caranya:
1) Bahan 1~3 digaul sehingga sebati
2) Panas sedikit minyak dan goreng daging sehingga hampir garing
3) Masukkan rosemary kering, tomato dan garam
4) Bila tomato dah lembut bolehlah padam api
Yummy!
Selamat mencuba.
macam sedap je, ini kena try ni.
Bagi saya & famili, daging rosemary ni sedap, harap Puan Rozalah suka.. π
saya dah cuba..memang sedap! tq 4the recipe ..:)
thank you kerana sudi mencuba. π
masukkan brocolli sesuai tak aunty?
Aunty tak pernah cuba. Mungkin sedap…