Assalamualaikum & hi

Hidangan makanan kita setiap hari boleh memberi kesan kepada kesihatan badan untuk hari ini, esok dan pada masa hadapan.
Makan diet yang sihat dan seimbang digabungkan dengan aktiviti fizikal adalah sangat penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik serta dapat mencegah risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis. Disamping itu, diet yang baik juga membantu kita mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat.

Pelbagaikan makanan, kerana satu jenis makanan saja tidak dapat menyediakan semua nutrien yang diperlukan oleh badan πŸ™‚

image

image

ASAM REBUS KERAPU

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ikan kerapu dipotong dua
2) 2 1/2 cawan air
3) 2 inci lengkuas
4) 3 ulas bawang putih dibelah dua
5) 8 keping asam gelugor. Kalau suka lebih masam boleh je tambah asam gelugor
6) 2 biji cili hijau dibelah dua dan dibuang biji/ beberapa cili padi diketuk
7) 6 tangkai cili kering dihiris dan dibuang biji
8) Serbuk kunyit
9) 3~5 tangkai daun kesom. Saya suka masukkan banyak daun kesom
10) Garam secukup rasa

Cara:
1) Masukkan semua bahan 1~8 ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih
2) Kecilkan api dan reneh selama 15 minit. Akhir sekali masukkan daun kesom dan garam secukup rasa.

Sedap hirup kuahnya panas-panas..

SALAD SEGAR
Bahan-bahan:
1) 1 pek alfalfa, basuh dan toskan
2) 1 biji tomato dihiris nipis
3) 1 batang carrot dihiris
4) 2/3 biji jus lemon
5) 6 ulas bawang merah
6) 2 1/2 sudu besar minyak bijan
7) Sedikit cili padi dihiris nipis
8) Garam secukup rasa.

Gaul semua bahan sehingga rata.

“LET YOUR FOOD BE YOUR MEDICINE” – Hippocrates

4 thoughts on “Makanan Sihat

  1. Menarik. 1st time tau asam rebus . Selaunya asam pedas , yang kuahnya merah . Ni lebih kurang macam pindang ke? Cili kering hiris tu yang saya tak pernah tau. terimakasih Zanita.

    1. Terima kasih..
      Masak pindang lebih banyak bahan digunakan seperti serai, halia dan ada juga suka masukkan halba dll..
      Cubalah, mana tahu mungkin Malinda akan suka. πŸ™‚

    1. You may google translate from malay language to english but it may not be perfect. Anyway thanks for the compliment. πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s