As salam
Untuk entri hari ini saya nak kongsi resipi tomyam yang begitu mudah untuk disediakan.
Bagi yang perihatin pada kesihatan, menu hari ini memang sangat sesuai kerana resipi ini kaya dengan herba dan berkhasiat…
Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung (kecil), Potong ikut citarasa dan buang kulit
2) 4 cawan air
3) 3″ lengkuas dihiris
4) 2 batang serai diketuk
5) 1 biji tomato dibelah 8
6) Cili padi diketuk
7) 1 biji bawang besar dihiris bulat
8) 5 helai daun limau purut
9) Segenggam daun ketumbar dihiris
10) Jus lemon dan garam secukup rasa
Cara:
1) Didihkan air dan masukkan ayam.
2) Rebus ayam, lengkuas dan serai sehingga masak.
3) Kecilkan api, masukkan tomato, daun limau purut dan cili padi. Reneh selama 10 minit
4) Akhir sekali masukkan bawang besar, daun ketumbar , jus lemon dan garam secukup rasa. Masak selama 1 minit, bolehlah padam api
Selamat mencuba
Nampak sedap. Nak share petua nak lembutkan ayam kampung, perap dengan halia yang dikisar (macam jus) selama 30 minit. pastu basuh dan terus masak.
Mamamunie terima kasih di atas petua yang diberi. Daging ayam kampung memang agak keras, bolehlah dicuba petua ni nanti.. setengah orang pula suka bungkuskan dengan daun betik untuk lembutkan daging dan ayam. Selamat mencuba. 🙂