Assalamualaikum.

Antara menu ringkas yang saya hidangkan untuk makan malam tadi ialah sotong jintan manis goreng. Anak saya kata sedap πŸ˜€

image

Bahan-bahan:

1) 300g sotong, dibuang kulit dan potong sederhana besar. Selepas dicuci, toskan
2) 1 sudu teh serbuk jintan manis
3) 2 batang serai dihiris nipis
4) 3 ulas bawang putih dihiris
5) Cili padi dihiris
6) 5 tangkai daun kari
7) Garam secukup rasa

Cara:

1) Gaulkan sotong dengan serbuk jintan manis dan garam. Perap 15 minit
2) Panaskan minyak, tumis bawang putih, serai, cili padi dan daun kari sehingga bawang putih kekuningan.
3) Masukkan sotong, besarkan api dan goreng sehingga sotong masak.
4) Jangan biarkan sotong lama di atas api, nanti sotong akan keras dan liat.

Selamat mencuba

8 thoughts on “Sotong Jintan Manis

    1. Serbuk jintan manis/cumin powder mudah didapati, bukan saja di Malaysia..malah di Eropah pun ada. Rasanya di Indonesia juga ada inshaaAllah.
      Terima kasih Fatmawaty.
      Sedap hehe..

      1. Terima Kasih Sis. Biasanya kita di sini ambil habbatussaudah sebagai ubat/makanan tambahahan untuk kesihatan. πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s