Assalamualaikum
Hari ini saya sediakan soto ayam untuk makan tengahari.
Soto ayam kali ini saya tidak masukkan kacang tanah goreng sebab tiada stok, hehe..
Jangan lupa taburkan banyak bawang goreng untuk lebih ummph! ๐
Bahan-bahan: SOTO AYAM
1 kg ayam kampung (kecil) dibuang kulit dan potong 4
5 cawan air
Nasi himpit
Taugeh dicelur
Daun sup dihiris kecil
Daun bawang dihiris kecil
Bawang goreng
Kacang tanah goreng
Suhun goreng
Bahan kisar
100g bawang merah
50g lengkuas dihiris kecil
2 batang serai dihiris
5 biji buah keras
1 sudu teh/tsp serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 cawan air
Cara:
1) Masukkan bahan kisar, ayam dan 5 cawan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2) Kecilkan api dan masukkan garam secukup rasa
3) Bila ayam sudah masak, keluarkan ayam dan biarkan sejuk dan kemudian carik isi ayam
Bahan-bahan: BERGEDIL KENTANG
350g kentang dihiris sederhana besar
100g bawang merah dihiris nipis
Sedikit daun bawang dihiris kecil
1/3 sudu teh serbuk kasar lada hitam
Garam secukup rasa
1 biji telur dipukul
Minyak untuk mengoreng
Cara:
1) Goreng kentang sehingga masak, angkat dan toskan
2) Lenyek/tumbuk kentang semasa panas sehingga hancur
3) Goreng bawang merah sehingga garing, toskan dan gaulkan bersama kentang
4) Masukkan daun bawang, lada hitam dan garam ke dalam adunan kentang. Gaul sehingga sebati
5) Ambilkan sedikit adunan dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis
6) Pukul sebiji telur dengan sedikit garam
7) Panaskan minyak di atas api sederhana. Celup bergedil ke dalam telur dan goreng sehingga keemasan. Toskan
Bahan-bahan: SAMBAL KICAP
20 biji cili padi
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Kicap lemak masin
Cara:
Kisar semua bahan diatas tetapi jangan terlalu lumat
Hidangan Soto Ayam:
Masukkan sedikit nasi himpit ke dalam mangkuk. Tuang kuah soto. Letak ayam, bergedil, taugeh, daun sup, suhun, bawang goreng dan daun bawang. Akhir sekali letak sambal kicap secukup rasa.
Selamat mencuba.
Sedapnya soto ayam…. kalau saya buat soto rasanya satu hari berkali-kali nak makan, tapi biasanya begedil habis dulu!
Saya pun begitu juga. Favourite! ๐
Masha’Allah looks mouthwatering!
Thank you Sis. ๐