Udang Lada Hitam

Assalamualaikum

Hari ini jamu anak berbuka puasa dengan masakan udang yang digemarinya 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 13 ekor udang besar, buang kulit dan urat hitam
2) 1 sudu teh serbuk kasar cili kering
3) 1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
4) 1/2 sudu teh serbuk kunyit
5) 5 helai daun limau purut dihiris
6) 2 sudu makan air asam jawa
7) Garam secukup rasa
8) 6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang

Cara:

1) Masukkan semua bahan 1~7 ke dalam mangkuk. Gaul sehingga rata dan perap selama 20 minit
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan
3) Masukkan udang yang diperap, besarkan api dan goreng sehingga udang masak.

Selamat mencuba..

Sotong Jintan Manis

Assalamualaikum.

Antara menu ringkas yang saya hidangkan untuk makan malam tadi ialah sotong jintan manis goreng. Anak saya kata sedap 😀

image

Bahan-bahan:

1) 300g sotong, dibuang kulit dan potong sederhana besar. Selepas dicuci, toskan
2) 1 sudu teh serbuk jintan manis
3) 2 batang serai dihiris nipis
4) 3 ulas bawang putih dihiris
5) Cili padi dihiris
6) 5 tangkai daun kari
7) Garam secukup rasa

Cara:

1) Gaulkan sotong dengan serbuk jintan manis dan garam. Perap 15 minit
2) Panaskan minyak, tumis bawang putih, serai, cili padi dan daun kari sehingga bawang putih kekuningan.
3) Masukkan sotong, besarkan api dan goreng sehingga sotong masak.
4) Jangan biarkan sotong lama di atas api, nanti sotong akan keras dan liat.

Selamat mencuba