Assalamualaikum
Hari ini saya kongsi resipi Nasi Rempah Ketumbar yang cukup mudah untuk disediakan. Ia sesuai dihidang dengan pelbagai jenis masakan lauk pauk ayam atau pun daging.
Bagi saya, suka nasi ini digandingkan bersama lauk ayam serai pedas dengan pajeri nenas, sedap!
Jom lihat resipi..
Bahan-bahan:
1) 300g beras basmati (4/5 orang makan)
2) Air secukupnya/sukatan air bergantung pada beras. Sukatan sama seperti masak nasi biasa
3) 2 sudu besar penuh ghee/minyak sapi
4) 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
5) 4cm kulit kayu manis
6) 2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga cengkih
7) 1/4 sudu teh serbuk kasar cili kering
8) Garam secukup rasa
Cara:
1) Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi letrik. Kacau rata dan masak seperti biasa
2) Bila sudah masak, segera gemburkan nasi supaya berlerai. Sebelum dihidang taburkan sedikit bawang goreng.
Resipi pajeri nenas dan ayam serai pedas, boleh klik dilink bawah:
👍 Sedapnya! Trims atas resepnya Sis!
Kalau di tempat saya (Ras Sunda) , masak nasi seperti ini namanya Nasi Liwet, tapi ada beberapa bahan yang berbeda. Cuma langkah memasaknya hampir mirip. Kita biasanya memakai bahan -bahan, bawang merah, bawang putih, cabai rawit, batang serai, daun salam, garam, lada, n sedikit bumbu, ada juga yang ditambah blueband sedikit. Kemudian dimasak seperti biasa. Makannya pakai daun pisang, lauknya bisa ikan bakar, lalab (sayuran mentah khas Sunda), plus sambel. Hem… Sedap, Sis! 😉
Terima kasih Sis Fatmawaty. Saya suka masakan Sunda, begitu enak sekali. Bila saya dan suami ke Jakarta, Bandung dll tempat di Indonesia, kami seringkali menjamu selera di restoran sunda, sedap!
Oh ya? benarkah Sis? Mengagumkan Sis Kasih dah berkunjung ke negeri saya. Pantesan Sis memiliki resep masakan yang sangat beragam dan enak. Saya sendiri tinggal di kota Sukabumi, Terletak antara Jakarta – Bandung. Pengen juga suatu hari jalan2 ke Malaysia. 🙂
Sis Fatmawaty, jemput datang ke Malaysia. Di sini terdapat banyak tempat2 yang menarik untuk dilawati. Makanan disini juga enak2 🙂
Waaaah! Lengkap dengan lauk pauknya sekali… saya ingatkan gunakan daun ketumbar, rupanya rempah ketumbar, olahannya juga mudah. Tq for sharing dear 🙂
Sama-sama 🙂
Assalamualaikum, memang selalu ternanti-nanti entri dari puan. Insyaalah saya akan cuba..
Waalaikumussalam. Terima kasih dan saya berharap semoga Rozlina mendapat manfaat setiap kali bila berkunjung ke kasihilmar.
Selamat mencuba resipi2 di sini, harap2 suka nanti. 🙂