Nasi Saderi

Assalamualaikum

Nasi Saderi ini sesuai disajikan untuk berbuka puasa. Masaknya mudah dan simple serta enak dimakan dengan pelbagai jenis masakan lauk pauk daging ataupun ayam.

Jom cuba
image

Bahan-bahan:
3 pot (450g) beras basmati
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
6 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
4 cm halia dihiris halus
1/2 cawan susu sejat (Ideal Milk)
Air secukupnya
1 pokok saderi (besar) dipotong 5cm
Garam secukup rasa

Cara:

1) Cuci beras dan toskan. Masukkan ke dalam rice cooker
2) Panaskan minyak sapi dahulu dan masukkan mentega. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih dan bawang merah sehingga bawang kekuningan
3) Masukkan susu sejat dan air secukupnya dan masak sehingga mendidih
4) Masukkan daun saderi dan garam. Kacau rata dan kemudian tuang ke dalam rice cooker. Setelah masak, gemburkan nasi.

Advertisements

Nasi Rempah Ketumbar

Assalamualaikum

Hari ini saya kongsi resipi Nasi Rempah Ketumbar yang cukup mudah untuk disediakan. Ia sesuai dihidang dengan pelbagai jenis masakan lauk pauk ayam atau pun daging.

Bagi saya, suka nasi ini digandingkan bersama lauk ayam serai pedas dengan pajeri nenas, sedap!

Jom lihat resipi..

image

image

Bahan-bahan:

1) 300g beras basmati (4/5 orang makan)
2) Air secukupnya/sukatan air bergantung pada beras. Sukatan sama seperti masak nasi biasa
3) 2 sudu besar penuh ghee/minyak sapi
4) 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
5) 4cm kulit kayu manis
6) 2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga cengkih
7) 1/4 sudu teh serbuk kasar cili kering
8) Garam secukup rasa

Cara:

1) Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi letrik. Kacau rata dan masak seperti biasa
2) Bila sudah masak, segera gemburkan nasi supaya berlerai. Sebelum dihidang taburkan sedikit bawang goreng.

Resipi pajeri nenas dan ayam serai pedas, boleh klik dilink bawah:

Pajeri Nenas

Ayam Serai Pedas

Nasi Kerabu Kacang Panjang

Baru-baru ini semasa di pasar tani, saya beli banyak daun-daun ulam. Dah lama saya tak buat nasi kerabu goreng dan sedap juga kalau sekali sekala kita berbuka puasa dengan nasi macam ini.
Biasanya bila goreng nasi kerabu, berbagai jenis ulam kita masukkan. Tapi semalam, saya masukkan juga kacang panjang supaya ada rasa kelainan sedikit. Memang sedap lagi-lagi bila menguyah kacang panjang tu, bunyi krup krap, krup krap, mmm…terasa kerangupannya, hehe…

Anyway, jom tengok satu menu yang ringkas tapi kaya dengan ulam-ulaman yang berkhasiat. 🙂

image

Bahan-bahan:

Nasi sejuk untuk 5 ~ 6 orang makan.
1) 6 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan cili padi dihiris nipis
2) Ikan masin kurau dihiris kecil-kecil. Kalau letak banyak ikan masin, nasi kerabu akan lebih terasa sedap.
3) Ulam: daun kesom, daun putat, daun gajus, daun selom, daun tenggek burung, daun kaduk dan daun mengkudu diracik. Berapa banyak? agak2lah ya..
4) 2 kuntum bunga kantan, 4 helai daun limau purut dan 2 batang serai dihiris nipis
4) 5 tangkai Kacang panjang dihiris 1 cm

Cara:
1) Tumis bahan no. 1 hingga kekuningan dan masukkan ikan masin.
2) Bila ikan masin hampir nak garing masukkan nasi dan kacau sehingga rata.
3) Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang baki dan kacau sehingga rata.
4) Kalau dah letak banyak ikan masin mungkin tidak perlu masukkan garam.

Ok. Selamat berbuka…