Assalamualaikum.
Dah lama saya teringin nak makan sambal hitam ikan bilis dan alhamdulillah hari ini tercapai juga akhirnya…
Membuat masak hitam belimbing buluh tidaklah sukar tetapi ia mengambil masa yang begitu lama. Oleh kerana itu saya cuma masak sedikit saja, maklumlah ini adalah percubaan pertama. Saya tak sangka rasanya begitu enak dan meningkat selera makan. Patutlah begitu ramai rakan-rakan di FB mengatakan sambal ini sedap!
InshaaAllah lain kali saya akan buat lagi tapi dalam kuantiti yang lebih banyak. 🙂

Jom tengok resipi

SAMBAL HITAM BILIS
image

Masak Hitam Belimbing Buluh

1) 15 biji buah belimbing buluh dibelah empat memanjang supaya bila masak belimbing cepat berair dan cepat kering.
2) 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
3) Gaul belimbing dan garam sehingga rata.
4) Masukkan belimbing buluh ke dalam periuk. Jangan campurkan air
5) Masak diatas api yang kecil sehingga belimbing mengeluarkan jus
6) Kacau selalu dan teruskan masak sehingga belimbing kecut, kering dan menjadi kehitaman

Sambal Hitam Bilis
1) Masakan hitam belimbing buluh
2) 100g bawang merah dihiris kasar
3) 20g ikan bilis
4) 12 biji cili padi ditumbuk sehingga hancur tapi tidak lumat
5) 6 sudu besar minyak

Cara:

1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah sehingga kekuningan.
2) Masukkan cili padi. Goreng sekejap dan kemudian masukkan ikan bilis dan belimbing.
3) Goreng sehingga ikan bilis kelihatan kering.

6 thoughts on “Pembuka Selera

  1. memang sedap sambal belimbing hitam tu,sb itu makanan kegemaran seluruh ahli keluarga saya,cm beza sedikit dgn puan punya.Sb kami biasanya akan menumbuk akn ikan bilis tersebut atau terus blend bersama dgn bahan2 yg lainnya.Ttp itu semua pilihan masing2..apa yg pasti sambal hitam tu memang terbaik…

    1. Pertama kali saya rasa sambal ini memang tak sangka ia sedap dan keluarga saya pun suka. Saya rasa bagi mereka yang pakar buat sambal hitam ini tentulah lagi sedap. InshaaAllah nanti nak cuba cara Balkis pula, tumbuk ikan bilis, terima kasih. 🙂

  2. Sambal hitam memang sedap masakan kampung saya. saya pun bawa belimbing rebus hitam ke Ashgabat ni.

    1. Saya jangka masakan sambal hitam Puan Rozalah mesti lebih sedap lagi!
      Belimbing rebus hitam ini boleh tahan lama… Nanti bila mood rajin saya datang lagi, nak masak banyak2 simpan dlm peti sejuk, hehe..

Leave a Reply to rozalah hashim Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s