Hari ini saya kongsi resipi yang amat mudah dibuat iaitu halia bawang goreng sebagai pembuka selera.

Bagi saya lah, halia bawang ini sedap makan dengan daging goreng dan cili kicap. Tak payah ada lauk lain, tu je dah cukup menyelerakan… šŸ˜€

image

Bahan-bahan:

1/2 cawan halia muda yang dimayang
2 biji bawang besar dihiris sederhana nipis
6 ulas bawang putih dihiris sederhana nipis
4 tangkai daun kari muda diraut
Sedikit serbuk kasar lada hitam
Garam
Minyak

Cara:

1) Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, halia dan bawang putih
2) Kacau rata dan goreng sehingga bawang kelihatan kekuningan
3) Masukkan daun kari dan goreng sehingga daun kari kelihatan kering
4) Tuang ke dalam tapis dan toskan
5) Tabur garam dan serbuk kasar lada hitam dan kacau rata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s