Buncis Tempoyak

As salam.
Resipi untuk hari ini adalah Buncis Tempoyak.

Selamat mencuba.

image

Bahan-bahan:

Kacang Buncis
2 sudu besar tempoyak (kurangkan sekiranya tempoyak terlalu masam)
1 labu kecil bawang besar dibelah dua dan hiris nipis
Cili padi dihiris nipis
Garam

Cara:

1. Celur kacang buncis ke dalam air mendidih sekejap. Kemudian angkat dan segera bilas kacang buncis dengan air paip dua atau tiga kali supaya suhu panas pada kacang buncis segera turun sejuk.
2. Kacang buncis dihiris kecil
3. Gaul kacang buncis, bawang besar, cili padi dan tempoyak sehingga sebati. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa

Daging Ketumbar

Assalamualaikum.
Esok dah hari jumaat, kejap je dari satu minggu ke satu minggu. Kadang-kadang tu saya rasa macam hari terlalu singkat. Rasa, 24 jam dulu macam panjang sangat. Kalau dulu terjaga tengah malam, alahai lamanya menunggu subuh. Sekarang ni dok menung-menung sekejap, aikk dah subuh! Mungkin juga kerana peningkatan umur saya, maka saya rasa begitu 🙂

Resipi yang nak saya kongsikan malam ini adalah daging goreng dengan daun ketumbar. Bila hujung minggu nanti, kalau rasa buntu nak masak apa untuk keluarga, bolehlah dicuba resipi ni…

Selamat mencuba! 🙂

image

image

Bahan-bahan:
400g daging lembut dihiris nipis dan gaul garam kunyit
1 labu bawang besar dipotong kiub
5 ulas bawang putih diketuk
5cm halia dihiris nipis
Cili padi ditumbuk lumat
2 pokok ketumbar dihiris (anggaran 1/2 mangkuk)
1 cawan minyak

Cara:

1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing
2. Masukkan daging, cili padi dan daun ketumbar. Goreng sehingga daging masak.
3. Tuang daging dalam tapis dan toskan.

Umrah 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya, suami dan anak selamat pulang dari mengerjakan umrah 5 hari yang lalu. Syukur pada Allah segalanya berjalan lancar. Kami di sana tidak lama, hanya 12 hari saja. Cuaca di Madinah dan Mekah ketika itu tidaklah panas dan tidak juga begitu dingin, terasa nyaman dan selesa. Seperti biasa, ramai sungguh jemaah dari serata dunia, berbilang bangsa dan bahasa datang untuk mengerjakan umrah. Mekah dan Madinah tidak pernah sepi!

Masih ada banyak lagi kerja pembesaran dan pengubahsuaian di Masjidil Haram. Saya pasti, bila siap nanti, masjid ini akan kelihatan begitu gah dan mewah sekali.
Peraturan masuk ke dalam Masjidil Haram kini berubah.Tidak seperti dulu, jemaah perlu pergi lebih awal 30 minit untuk dapat masuk solat ke dalam Masjid. Kalau lewat banyak pintu disekat dan dihalang masuk oleh petugas masjid. Jadi terpaksalah jemaah solat di luar/perkarangan Masjid atau masuk ke pintu 84, naik ke tingkat atas. Saya dapati pintu 84 masih di buka walaupun waktu solat semakin hampir. Kalau pintu 84 pun tutup, cari tangga ke library, yang itu juga menuju ke tingkat 2.
Saya suka solat di tempat pintu masuk 84, kerana di situ ada paip air zam-zam, mudah untuk ambil wuduk sekiranya batal. Saya pasti di tempat lain pun ada paip air zam-zam ni, cuma bagi saya di sini mudah dijumpai. Saya juga suka solat maghrib dan isyak di bumbung Masjidil Haram, hehe.. Best di situ, berangin dan juga ada kemudahan tempat ambil wuduk.

Manakala di Madinah pula,saya rasa tidak banyak yang berubah di Masjid Nabawi. Cuma saya dapati perkarangan Masjid nampak macam lebih luas dan tempat mengambil wuduk/bilik air pun lebih banyak dari dua tahun dahulu.
Kami juga berkesempatan melawat pameran nama-nama Allah di bangunan yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi.

MEKAH

image

image

image

MADINAH

image

image

image