Simpan air dalam Sayong

Saya pernah tulis kesan BPA terhadap kesihatan kita sebelum ini.

Ramai juga diantara kita menyimpan air di dalam bekas plastik terutama bekas air botol mineral. Untuk menjauhi dari kesan kimia yang tidak diingini,  adalah baiknya kita mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjamin kesihatan kita dan keluarga terlindung.

image

Apakata simpan air minuman di dalam sayong? ramai yang suka minum air yang disejukkan di dalam fridge, hmm…kalau gitu gunakanlah botol kaca atau bekas plastik bebas BPA.
Percaya tak, air yang disimpan dalam sayong pun boleh menjadi sejuk…
Cuba try!!

Khasiat Rosemary

Herba rosemary kaya dengan antioksidan. Saya suka minum begitu je. Kalau nak manis, masukkan madu.

image

image

1 sudu teh rosemary direndam dalam air panas selama 15 minit. Tapis.

Dikatakan khasiat rosemary, boleh melegakan radang pada sendi2, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan sistem imun, mengurangkan bengkak, menghilangkan sakit kepala, menguatkan daya ingatan, meningkatkan fungsi buah pinggang, melawas buang air kecil, mengurangkan serangan asthma dan awet muda (melewatkan kehadiran ‘wrinkles’). Rosemary juga kaya dengan vitamin E.

Buku ini digunakan juga sebagai sebahagian daripada rujukan
image

Bagi mereka2 yang menghidap penyakit darah tinggi atau epilepsy, dapatkan pandangan doktor sebelum mengambil rosemary. Wanita yang mengandung dan menyusu dinasihatkan tidak mengambil rosemary sebagai minuman kerana menurut American Pregnancy Association, teh rosemary boleh memudharatkan bayi yang belum lahir.

Halia Organik

Semalam saya ke supermarket, jumpa halia organik yang diproses kering untuk tahan lama.

image

Bagi saya halia ni bau harum.

image

Saya cuba elak beli halia yang basah, direndam air sebab saya tidak pasti adakah ia semata2 air atau air yang di campur kimia bagi tujuan halia tahan disimpan lama.
Tentang khasiat halia saya pernah tulis dalam entri sebelum ini.