Minyak Zaitun untuk bakal ibu.

Beberapa hari yang lalu, seorang pembaca blog saya, minta saya tuliskan satu petua yang ingin dia kongsikan bersama terutama kepada bakal ibu. Katanya inilah amalan yang sering dia lakukan bila dia disahkan mengandung oleh doktor.

Ramai wanita mendapat “stretch mark” dibahagian perut, malahan ada juga yang mendapat dibahagian dada dan betis. Bagi mencegah dari berlaku, kata pembaca blog saya, dia amalkan hari2 mengosok minyak zaitun keatas kulit perutnya dari awal mengandung hingga kehampir nak bersalin. Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. Tidak terjadi “stretch marks” keatas kulit perutnya.

Bagaimana pula dengan “stretch mark” yang dah jadi? Rasanya tak mungkin boleh dibaikpulihkan lagi seperti asal 😦

Khasiat Buah Pelaga

Buah pelaga mempunyai rasa yang unik dan khasiat antioksidan yang tinggi. Selain digunakan untuk masakan, dimanfaatkan juga untuk kesihatan bagi merawat pelbagai penyakit jangkitan, radang dan juga sistem penghadaman. Buah pelaga dikatakan berupaya menghapuskan bakteria dan disamping itu boleh juga merangsangkan selera makan dan melegakan keasidan dalam perut. Ia juga sangat mujarab bagi merawat bronkitis, batuk, demam dan sakit perut. Kunyah buah pelaga dapat menyegarkan bau mulut dan nafas.

image

Di negara Arab, mereka ini gemar masukkan buah pelaga di dalam minuman teh begitu juga dengan kaum india, sering masukkan buah pelaga di dalam minuman dan makanan yang mengandungi susu. Beberapa pengamal ayureveda menggunakan buah pelaga untuk merawat jangkitan saluran kencing.

image
Sekiranya nak lebih kuat aroma dan rasa buah pelaga, ketuk2 buah pelaga dan rendam selama 10 ke 15 minit ke dalam air panas dan pastikan cawan ditutup. Kalau suka boleh maniskan dengan madu.

Sebenarnya banyak herba yang terdapat di dalam kabinet dapur kita, boleh memberi kebaikan kepada kesihatan badan, cuma kita perlu tahu bagaimana nak manfaatkannya.
Apa pun bila nak mencuba, mulalah dengan kuantiti yang sedikit. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, sesuatu yang sesuai dengan kita belum tentu sesuai dengan orang lain dan begitu juga sebaliknya.

Alfalfa dan buah2an

Bulan Ramadhan semakin hampir, nak kena biasakan perut kurangkan makan. Tengah hari ini rasanya tak nak makan nasi. Hmm….makan sayur dan buah2an. 😀

image

1 biji avocado dilenyek +2 sudu makan minyak zaitun + 1 sudu makan cuka epal + 1/2 sudu makan royal jelly dan sedikit garam + 2 sudu makan mayonnaise. Digaul semua bagi sebati dan biar sekejap(Bahan A)

1 biji epal, 1pear cina, 1/2 zucchini dan 1 tomato dipotong kiub dan segenggam alfalfa. Masukkan kedalam Bahan A dan gaul bagi rata.

Makan makanan berkhasiat dan jalan naik bukit, hmm… garenti boleh kurus dan sihat. Tidak perlu pergi gim bayar beribu ribu ringgit untuk kelihatan lansing! hehe