Khasiat Labu

Buah labu yang sering kita masak sebenarnya mengandungi kadar vitamin A, C serta betakaroten dan zat mineral yang tinggi. Buah ni sangat baik untuk mata, kesihatan ginjal, jantung dan meningkat daya tahan tubuh. Kandungan air dan serat yang cukup tinggi mampu melancarkan pencernaan dan mengatasi keradangan pada tubuh badan.

Dikatakan isi labu (dikukus) ini sangat baik untuk kulit, boleh di buat ‘facial mask’ dan digosok pada kulit badan supaya kulit menjadi segar dan bersih.

RESIPI LABU PUDING TELUR

Petang semalam masak labu puding telur untuk juadah buka puasa

image

Kisar 1/2 cawan susu pekat + 1/2 cawan susu cair + 3 biji telur +1/2 sudu teh garam +1 tbsp  tepung jagung + 2 helai daun pandan

image

Masukkan adunan yg dikisar( tapis) kedalam labu yang telah dibuang biji ( labu ni kecil je)

image

Kukus selama 30 minit. Masa kukus tutup labu dengan baki bahagian atas labu yang dipotong ( nak panggil apa ye? Hmm.. Topi labu hahaha…)

image

Bila labu dah suam, saya bakar selama 20 minit ( suhu oven 190° C)

Buah labu banyak khasiat sebab tu saya sering masak untuk keluarga. Ada orang tak boleh makan labu, sebab angin dan sejuk. Bagi saya kalau tak ada apa2 masalah bagus makan labu ni dan galakkan anak2 kerana baik untuk tumbesaran mereka. Biasanya budak2 suka labu sebagai manisan.

Labu kukus

Lewat petang semalam saya masak labu kukus. Ingatkan akan makan berdua bersama suami je, tak sangkalah pula anak2 balik ke rumah dan join in sama. Bagus le jugak, bukan senang dua orang nak habiskan sebiji labu. hehe..

image

image

image

image

 

Bahan-bahan:

  1. 1 biji labu
  2. 3/4 cawan susu pekat
  3. 1/2 cawan susu cair
  4.  4 biji telur
  5.  1/2 sudu teh garam
  6. 1 sudu besar tepung jagung
  7. 4 sudu besar mentega

Cara:

  1. Panaskan periuk pengukus
  2. Buah labu dipotong buang sedikit dibahagian atas. Buang semua biji
  3. Kukus labu sehingga masak. Gemburkan isi labu perlahan-lahan
  4. Kisar susu pekat, susu cair, telur, garam dan tepung jagung sehingga sebati. Tapis dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan mentega dan masak di atas api yang sederhana kecil
  5. Bila adunan hampir pekat, cepat-cepat tuang ke dalam labu dan kacau perlahan
  6. Kukus sekejap (tapi saya kukus lama sedikit sebab suami suka labu kukus yang lembik)

Khasiat Durian Belanda(Soursop)

Buah durian belanda dilaporkan sangat berkhasiat sebab kaya dengan vitamin dan mineral. Dikatakan buah ini mampu mengurangkan bakteria yang mungkin ada pada saluran kencing, mencegah sembelit, menghalang kejang kaki, meningkat stamina, membantu mencegah migrain, terapi untuk gout, melancar peredaran darah, bertindak sebagai anti bakteria dan anti fungus, menurun tekanan darah tinggi dan dikatakan juga sangat berkesan untuk rawatan kanser.

Ada berpendapat daun buah durian belanda lebih berkesan dari buahnya bagi merawat penyakit kanser.
10 helai daun durian belanda (daun tua/matang) dengan 3 cawan air di rebus sehingga menjadi 1 cawan. Minum 2 kali sehari setiap hari. Daun ini dikatakan bersifat seperti kemoterapi. Difahamkan selepas minum badan akan merasai kesan2 haba seperti dirasai ketika menjalani kemoterapi. Dikatakan daun buah durian belanda mampu menghapuskan sel2 kanser dan membiar sel2 yang sehat berkembang secara normal.

Untuk mendapat minuman yang enak pastikan buah ni betul2 masak sebelum dikisar, buah yang lembut tandanya dah masak.

image
Buah ni rasa lebih masam dari manis.

image
Isi durian belanda yang telah dibuang biji. 3/4 isi buah + 2 cawan air dan kisar hingga hancur

image
1 gelas air buah yang telah dikisar + 2 sudu makan susu pekat manis dan kisar lagi bagi sebati. Kalau nak minum untuk tujuan kesihatan jangan campur susu pekat atau gula.. 🙂
Baki 1 gelas lagi air buah + 2 sudu makan madu dan kisar bagi sebati, dan masukkan baki isi buah kedalam kedua2 gelas
Bagi pandangan saya masuk susu pekat manis rasa lebih lemak. Suami saya pulak suka yang dimasukkan madu, amat baik untuk kesihatan. Lebih sedap jika diminum sejuk.