Sup Ayam Ketumbar untuk Detoks?

Resipi ini sesuai untuk mereka yang merancang nak melakukan detoks. Daun ketumbar yang dimasukkan ke dalam sup ayam ini mempunyai banyak kelebihan selain mampu menyahkan logam berat yang terdapat di dalam badan. Sering melakukan detoks membuat badan terasa lebih ringan, segar dan sihat. InsyaAllah.

Keracunan logam berat dalam tubuh menjadi punca ketidakseimbangan hormon, kanser, masalah tiroid, gangguan neurologi, kemurungan dan alahan makanan.

Apabila terlalu banyak toksin terkumpul di dalam badan, metabolisme menjadi perlahan dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya toksin berpotensi merbahayakan tisu badan dan boleh membawa kepada penyakit.

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung
2) 4 ulas bawang putih
3) 3″ lengkuas di hiris nipis
4) 1 ikat daun ketumbar
5) Cili padi dan garam secukup rasa.
6) 4~5 cawan air

Bila air dah mendidih, masukkan ayam dan bahan lain dan rebuslah sehingga masak. Akhir sekali baru masukkan garam secukup rasa.

Jom detoks! 🙂

Bacaan lanjut: khasiat ketumbar.

Daun ketumbar dikatakan makanan penyembuhan dan mempunyai lebih besar kepekatan antioksidan dari beberapa jenis buah dan sayuran…

Cemamar

Ramai orang kata cemamar ni nampak macam daun kari tapi besar. Entahlah, mungkin juga 🙂

Bau daun cemamar agak kuat dan rasanya, bagi pandangan saya dipengaruhi oleh bau dan sedikit pahit. Sedap? Hmmm… saya kurang gemar pucuk muda ulam cemamar. Tapi cemamar ini berkhasiat dan baik untuk kesihatan badan.

Cemamar digunakan sebagai herba untuk merawat tenaga batin, melancarkan peredaran darah dan baik untuk wanita yang baru lepas bersalin. Ia juga mampu menurunkan kadar kolesterol, merawat lemah badan, badan kesejukan dan berangin.

image

Bagi mereka yang ada darah tinggi tidak digalakkan memakan cemamar kerana ia boleh membuat badan terasa panas dan akan menyebabkan rasa pening..

Daun cemamar juga boleh merawat pelbagai jenis penyakit kulit.

Oh ya, biasanya pucuk muda cemamar dimakan sebagai ulam 🙂

Selom

Khasiat ulam tidak boleh dinafikan lagi, ia memberi banyak manfaat kesihatan kerana ia mengandungi vitamin, mineral, enzim, serat dan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

Bagi seorang yang sihat, mengamal memakan ulam bukan saja menyihatkan badan malah ia juga melewatkan penuaan. Namun bagi mereka yang ada masalah kesihatan, pemakanan ulam perlulah berhati-hati agar tidak memakan ulam yang boleh mendatangkan kesan negatif. Contohnya, bagi mereka yang mengambil ubat untuk kencing manis, tidak digalakkan makan banyak ulam sambung nyawa kerana ulam ini akan merendahkan lagi paras gula dalam darah dan ini berbahaya pada kesihatan. Jadi bagi mereka ini, pilihlah ulam yang hanya akan memberikan kesan positif pada kesihatan saja…

Hari ini mari kita bicara tentang daun selom. Bagi mereka yang gemar laksa utara, kalau daun selom tak ada, laksa tu rasa macam tak ada umph! hehe… tapi saya ok je 😉

Selom dikatakan mempunyai nilai perubatan dan kegunaan tersendiri. Buahnya diambil sebagai perangsang buang air kecil dan untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus. Minum air rebusan daun dan batang selom menjadi penawar untuk demam panas, selsema, susah buang air kecil dan kencing bercampur darah.
(Rujukan: Sayuran, Ong Hean Chooi)

image

Selom juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman dan dipercayaai mampu melegakan sembelit.

Kini pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai makanan tambahan yang baik untuk kesihatan…

Jom kita tingkatkan pengambilan ulam..

Badan sihat.. hidup bahagia.
Hidup bahagia.. nampak awet muda! 😉