Bunga Kantan

Bunga kantan digunakan sebagai ulam perasa dan perisa makanan. Ia juga membangkitkan bau pada masakan.

image

Ekstraks kantan bersifat antimikrob dan antibakteria.
Bunga kantan dimakan mentah atau rebusan airnya diminum untuk mewangikan badan. Air rebusan daun kantan digunakan untuk mencuci kudis dan luka. (Sumber: Rempah-ratus, Ong Hean Chooi)

Kantan boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak dan meningkatkan selera makan.
Dikata air rebusan bunga kantan berkesan merawat gout, dengan merebus 3 batang bunga kantan dengan 4.5L air sehingga tinggal 3L dan minum 3 hari berturut-turut.

Saya baru je tahu rupanya batang kantan ni digunakan untuk membuat tikar dan daunnya pula digunakan sebagai pembungkus makanan. Hmm… selalu dok jumpa tikar mengkuang, kalau jumpa tikar buatan batang kantan, bolehlah beli.. 🙂

Subang Nenek

Pokok ini mudah tumbuh khususnya dikawasan lembap.

Herba ini dikatakan mujarab bagi merawat sakit gigi atau bengkak gusi. Sesuai digunakan bagi rawatan sementara sebelum ke klinik gigi.

Caranya adalah mengambil beberapa helai daun yang telah dibersihkan terlebih dahulu, ditumbuk lumat dan sapu pada gigi atau gusi yang sakit atau bengkak. Rasa kebas, berangin dan sedikit pedas boleh mengurangkan atau melegakan rasa sakit gigi.

image

image

Daun muda Subang Nenek boleh dibuat ulam dengan dicelur dan makan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau cecahan lain bersama nasi.

Dikatakan dengan memakan daun Subang Nenek sebagai ulam dapat merangsang pencernaan air liur bagi yang menghadapi pengeluaran air liur yang kurang, dapat merawat sembelit dan buasir

Bagi saya, rasa daun dan bunga subang nenek ini yang sedikit pedas, berangin dan kebas ini membuat ia tidak sedap dimakan sebagai ulam.
Ada pula yang mengatakan kalau makan 5 atau 6 helai daun ini akan membuat seorang itu merasakan seolah-olah dia tidak mempunyai gigi disebabkan oleh rasa kebas dari daun subang nenek itu.. 🙂

Belalai Gajah

Benarkah daun Belalai Gajah atau dengan nama lain Sabah Snake Grass boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kanser?

Herba ini dikatakan ajaib kerana mampu merawat penyakit kanser walaupun pada tahap kanser yang serius…

Jom baca,

Daun Belalai Gajah dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

image

Khasiat daun ini mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi dan diabetes. Ia juga mampu mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan disamping mengurangkan keletihan.

Walaupun belum ada kajian saintifik dan klinikal mengenai khasiat daun Belalai Gajah, tetapi terdapat banyak testimoni tentang kehebatan herba ini yang dikatakan dapat menyembuhkan penyakit kronik seperti penyakit kanser. Dikalangan masyarakat China, daun Belalai Gajah telah lama digunakan sebagai herba untuk merawat kanser….

Setiap penyakit ada penawarnya maka kita kena berikhtiar tanpa putus asa, berdoa dengan penuh harapan, bertawakkal dan berserah kepada Allah yang Maha Esa.. kerana segala sesuatu itu ketentuan Nya….


Daun Belalai Gajah – Utusan


Belalai Gajah-Berita Harian

Sabah Snake Grass – Tea Code