Khasiat Buah Pelaga

Buah pelaga mempunyai rasa yang unik dan khasiat antioksidan yang tinggi. Selain digunakan untuk masakan, dimanfaatkan juga untuk kesihatan bagi merawat pelbagai penyakit jangkitan, radang dan juga sistem penghadaman. Buah pelaga dikatakan berupaya menghapuskan bakteria dan disamping itu boleh juga merangsangkan selera makan dan melegakan keasidan dalam perut. Ia juga sangat mujarab bagi merawat bronkitis, batuk, demam dan sakit perut. Kunyah buah pelaga dapat menyegarkan bau mulut dan nafas.

image

Di negara Arab, mereka ini gemar masukkan buah pelaga di dalam minuman teh begitu juga dengan kaum india, sering masukkan buah pelaga di dalam minuman dan makanan yang mengandungi susu. Beberapa pengamal ayureveda menggunakan buah pelaga untuk merawat jangkitan saluran kencing.

image
Sekiranya nak lebih kuat aroma dan rasa buah pelaga, ketuk2 buah pelaga dan rendam selama 10 ke 15 minit ke dalam air panas dan pastikan cawan ditutup. Kalau suka boleh maniskan dengan madu.

Sebenarnya banyak herba yang terdapat di dalam kabinet dapur kita, boleh memberi kebaikan kepada kesihatan badan, cuma kita perlu tahu bagaimana nak manfaatkannya.
Apa pun bila nak mencuba, mulalah dengan kuantiti yang sedikit. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, sesuatu yang sesuai dengan kita belum tentu sesuai dengan orang lain dan begitu juga sebaliknya.

Alfalfa dan buah2an

Bulan Ramadhan semakin hampir, nak kena biasakan perut kurangkan makan. Tengah hari ini rasanya tak nak makan nasi. Hmm….makan sayur dan buah2an. 😀

image

1 biji avocado dilenyek +2 sudu makan minyak zaitun + 1 sudu makan cuka epal + 1/2 sudu makan royal jelly dan sedikit garam + 2 sudu makan mayonnaise. Digaul semua bagi sebati dan biar sekejap(Bahan A)

1 biji epal, 1pear cina, 1/2 zucchini dan 1 tomato dipotong kiub dan segenggam alfalfa. Masukkan kedalam Bahan A dan gaul bagi rata.

Makan makanan berkhasiat dan jalan naik bukit, hmm… garenti boleh kurus dan sihat. Tidak perlu pergi gim bayar beribu ribu ringgit untuk kelihatan lansing! hehe

Khasiat Rosemary

Herba rosemary kaya dengan antioksidan. Saya suka minum begitu je. Kalau nak manis, masukkan madu.

image

image

1 sudu teh rosemary direndam dalam air panas selama 15 minit. Tapis.

Dikatakan khasiat rosemary, boleh melegakan radang pada sendi2, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan sistem imun, mengurangkan bengkak, menghilangkan sakit kepala, menguatkan daya ingatan, meningkatkan fungsi buah pinggang, melawas buang air kecil, mengurangkan serangan asthma dan awet muda (melewatkan kehadiran ‘wrinkles’). Rosemary juga kaya dengan vitamin E.

Buku ini digunakan juga sebagai sebahagian daripada rujukan
image

Bagi mereka2 yang menghidap penyakit darah tinggi atau epilepsy, dapatkan pandangan doktor sebelum mengambil rosemary. Wanita yang mengandung dan menyusu dinasihatkan tidak mengambil rosemary sebagai minuman kerana menurut American Pregnancy Association, teh rosemary boleh memudharatkan bayi yang belum lahir.