Serai dan Royal Jelly.

Bagi saya makanan macam ni sangat berkhasiat. Bila makan terutama dengan ikan bakar atau ikan kukus, berselera! Mungkin jugak le sebab dah dapat title ‘auntie’, mak cik, suka makanan2 macam ni. Benarkah bila usia meningkat citarasa pun berubah? Emm..

image

7 batang serai(buang lapisan2 yang keras sehingga dapat yang lembut), satu labu bawang besar, 1 cili merah jangan lupa buang biji, dan setengah batang carrot. Semua dihiris nipis kecuali carrot.

image

Masukkan 1 sudu makan royal jelly, 1 sudu makan cuka epal dan garam secukup rasa. Gaul bagi rata. Biarkan 1 jam supaya sebati.
Saya pernah tulis khasiat serai dalam entri sebelum ini. Moga semua ini memberi manfaat pada kita semua. InsyaAllah.

Khasiat kunyit.

Ramai wanita selepas bersalin mengambil kunyit segar atau jus kunyit ketika dalam pantang.

image

image

(Kunyit dalam bentuk kapsul mudah ditelan dan bahan aktif curcumin lebih tinggi daripada kunyit segar)

Curcumin, pigmen yang memberi warna kuning-oren pada kunyit adalah antioksidan yang sangat berkesan untuk kesihatan. Penawar bagi anti-radang dan keradangan kronik termasuk kencing manis, arthritis dan penyakit jantung, katarak, regenerasi otot, keradangan usus dan alzheimer. Ia juga anti-bakteria dan anti-viral. Curcumin juga dikatakan boleh menghalang dan merawat berbagai penyakit kanser. Ia juga mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang sangat berguna untuk mengawal infeksi pada luka di kulit. Mujarab untuk luka didalam badan terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin.
image
( Buku ini sebahagian dari sumber rujukan)

Manfaat kesihatan yang lain termasuk meningkatkan penghadaman, detoksifikasi dan fungsi hati yang sihat dan membersih darah.

Saya pernah juga mendengar sesetengah orang tua tidak menggalakan pengambilan kunyit secara berterusan kerana dibimbangi boleh menyebabkan putus haid (menopause) lebih awal. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran itu. Sehingga kini saya belum temui dalam pembacaan saya yang menyokong pandangan tersebut, wallahu’alam.

Walaubagaimanapun, saya juga difahamkan adalah lebih baik untuk tidak mengambil satu2 herba itu berterusan lama. Berhenti untuk satu jangka waktu dan kemudian mengambilnya semula, begitu juga dengan supplement seperti vitamin dll adalah lebih berkesan pada kesihatan tubuh badan.

Curcumin health

The best of a truly amazing food

Khasiat Rosella.

Manfaat bunga Rosella secara traditional boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi (menstabilkan tekanan darah), kolesterol, batuk, panas dalam, jantung, juga melancarkan peredaran darah, melancarkan kencing dan juga buang air besar.

image

(Dikatakan baik untuk insomnia)

image

(saya suka minuman ini, tidaklah rasa masam sangat. Masukkan 2 kuntum kedalam 1 cawan air panas, tutup cawan dan biarkan selama 5 minit. Kalau suka manis, masuk kan madu ketika air suam.(cubalah elak atau kurangkan pengambilan gula, kerana kesannya tidak baik untuk kesihatan badan.)

Minuman ini dikatakan sebagai tonik yang menyegarkan.  Mengontrol berat badan (bagus jugak ni, kalau tak boleh slim sekurang2nya boleh maintain!! )dan memperbaiki pencernaan. Ada mengatakan boleh cerahkan kulit ( boleh percaya ke?? )