Assalamualaikum..
Semalam saya beli 4 biji buah tin segar dengan harga RM18.50, mmm..mahal juga buah ini. Selalunya saya beli yang kering dan harganya jauh lebih murah.
Buah Tin dan ada juga panggil buah ini, Buah Ara. Rasanya yang manis dan unik dan teksturnya lembut dan lemak serta mengandungi banyak biji-biji halus yang boleh dimakan.
Terdapat beberapa jenis dan yang paling popular adalah; kulit kehitaman ungu dan isinya bewarna merah jambu, kulit kuning kehijauan dan kulit ungu dan isi merah.
Buah tin tinggi kandungan gula semulajadi, kaya dengan mineral dan sumber yang baik vitamin antioksidan serta serat larut.
Kerap makan buah tin boleh mendapat banyak manfaat kepada kesihatan seperti;
Mengurang risiko kanser, mengurang keletihan, mencegah anemia, merawat jangkitan paru-paru dan pundi kencing, merawat sembelit kronik dan buasir, merangsang pengeluaran susu ibu dan remedi untuk jangkitan penafasan.
Menurut Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah, buah tin dapat mengurangkan penyakit sesak nafas, membersih hati dan limpa, menghilangkan kahak serta melawan racun di dalam badan.
Ibnu Sina mengesahkan bahawa buah tin sangat baik untuk wanita hamil dan menurut Ar-Razi, buah tin boleh mengurangkan keasidan dan mengelak kesan tidak baik dalam badan.
Minum air rendaman daun pokok tin, melegakan batuk, merawat masalah kitaran haid dan jangkitan gusi.
Rujukan:
Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah: MEDICINE of the PROPHET S.A.W
Yusuf Al Hajj Ahmad: Islamic Medicine
The key to a better life