Nona

Hari sabtu baru-baru ini saya dan suami pergi ke Johor Bahru. Semasa dalam perjalanan pulang semalam singgah sekejap di R & R Pagoh. Saya ternampak buah Nona yang dijual dengan harga sekilo 10 ringgit, jadi belilah 4 biji.

image

Terdapat pelbagai jenis buah nona ini, ada yang mempunyai kulit hijau, hijau kuning dan merah hati seperti yang saya beli.

Khasiat yang terkandung dalam buah ini mampu menghasilkan sel darah merah, mengawal tekanan darah, merawat sembelit dan cirit birit.
Buah ini juga kaya dengan magnesium yang dapat mengurangkan penyakit reumatisme dan arthritis. Mineral potassium yang terdapat dalam buah nona dapat membantu mengurangkan kelemahan otot. Ada mengatakan khasiat buah Nona hampir sama dengan buah Durian belanda. Entahlah tapi yang saya tahu daun kedua-dua buah ini boleh memberi banyak manfaat. InsyaAllah.

Menurut buku Ong Hean Chooi;
Air rebusan daun Nona diminum untuk merangsang haid, membuka selera, rawatan selsema, mengatasi kesejukan, mengeluarkan angin daripada perut dan usus, dikumur untuk rawatan sakit kerongkong dan dijadikan air mandian untuk rawatan sakit otot, demam panas dan untuk kanak-kanak yang sentiasa gelisah.
Daun Nona ditumbuk lumat dan ditampal pada ulser, kudis dan pada kepala untuk rawatan sakit kepala.
Air rebusan daun, buah muda dan kulit kayu Nona diminum untuk rawatan bengkak usus besar.

Dah lama benar saya tak makan buah ini..
Kena tunggu dua tiga hari lagi baru boleh makan sebab buah masih belum masak, jadi kenalah peram dulu… 🙂

Ganoderma

Ganoderma yang juga dikenali sebagai Reishi atau Lingzhi telah digunakan sebagai cendawan perubatan dalam perubatan tradisional Cina sejak beberapa ribu tahun dahulu.

Menurut kajian makmal Memorial Sloan-Kettering Cancer Center, lingzhi mempunyai aktiviti antikanser, antitumor dan membantu mengekalkan keseimbangan badan (sistem imun).

Gambar dari wikimedia commons
image

image

Lingzhi mengandungi polysaccharides yang membantu mengurangkan paras kolesterol dan Superoxide Dismutase (SOD) iaitu enzim yang meneutralkan radikal bebas. Manfaat Lingzhi terhadap kesihatan adalah meningkatkan fungsi gastro-usus, merawat strok, saraf, sistem penafasan, jantung tersumbat, tekanan darah tinggi, mencegah kencing manis, melindungi hati, buah pinggang, menghalang bronkitis dan melambatkan proses penuaan.

Lingzhi didapati membantu mencegah insomnia, sakit tekak, hilang selera makan, muntah, loya dan keguguran rambut.

Apabila diambil dalam jumlah yang sederhana antara 2g~10g sehari, lingzhi tidak menyebabkan sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapun, dos yang betul akan berbeza-beza bergantung kepada keseluruhan kesihatan dan umur pengguna. Lingzhi sering diambil dalam bentuk kapsul atau teh.
Untuk membuat teh lingzhi, lingzhi dihiris nipis dan direneh selama 2 jam supaya ekstraks memasuki air.

Saya dah cuba teh lingzhi dan tidak mungkin akan mampu untuk minum tiap-tiap hari kerana rasanya memang pahit. Cara terbaik ambil je dalam bentuk kapsul. 😀


Health Benefits of Lingzhi

Keremak Merah & Udang Keremak

Herba keremak merah senang didapati di pasar tani dan harganya pun murah je. Biasanya untuk 1 ikat kecil dijual dengan harga 1 ringgit. Kali pertama saya kenal keremak merah ini, bila kawan cina berikan pada saya. Katanya herba ini sangat popular dikalangan kaum cina dan mereka sering jadikan keremak merah, minuman untuk tujuan detoksifikasi.

Dikatakan herba ini boleh menyahkan toksik serta membersih dan melancarkan peredaran darah.

image

image

(Kurma mutt joe atau dried honey dates ini boleh direbus bersama daun keremak)

Apa yang menarik tentang herba ini ialah bila saya baca tentang seorang lelaki yang pergi melakukan pemeriksaan perubatan dan diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai tiga arteri utamanya tersumbat dan beliau dijadualkan untuk pembedahan pintasan dalam masa beberapa minggu. Dipendekkan cerita, selepas minum air keremak merah yang direbus dengan kurma mutt joe setiap hari selama 2 minggu, beliau tidak perlu melakukan pembedahan kerana didapati tiada lagi sumbatan pada arterinya.

Sila klik link di bawah untuk info selanjutnya. Sangat menarik untuk dibaca..

Jom tengok resipi Udang Keremak pulak.. 🙂
image

image

Bahan-bahan:

1) 10 ekor udang. Cuci dan gaul sedikit garam.
2) 6~7 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang.
3) 1 1/2″ ikan masin kurau
4) 1 mangkuk daun keremak merah, buang tangkai yang keras.

Caranya:

1) Goreng bawang putih hingga kekuningan, angkat dan toskan.
2) Goreng ikan masin yang dihiris nipis hingga kuning dan masak. Angkat dan toskan.
3) Tumbuk bawang putih dan ikan masin, jangan sampai lumat.
4) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang ditumbuk, daun keremak dan udang. Goreng sehingga udang masak.

Oopss, kalau nak pedas, goreng cili padi hingga masak dan toskan. Kemudian tumbuk dengan bawang putih dan ikan masin.

Hmmm… I love it 😀

Simple herbal drink for blood cleansing & detoxification