Khasiat Tenggek Burung

Pertama kali saya dengar nama ulam ni, tenggek burung, saya tak dapat nak tahan ketawa. Bagi saya nama ulam ni sangat lucu!! ketika tu hati tertanya2, adakah kerana burung2 suka hinggap di pokok ini, maka di berinya nama pokok ini tenggek burung?? haha..

image
Jangan pandang pada nama!! pandang pada khasiatnya!!

Tenggek burung ni biasanya di makan pucuk segar sebagai ulam. Rasanya lemak dan kelat2 sikit. Makan dengan sambal tempoyak memang menyelerakan.

Tenggek burung di percayai boleh merawat tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah ( di katakan ulam ni sangat baik untuk kaum lelaki), menghilangkan lenguh di badan, mengecutkan rahim wanita yang baru bersalin dan menyegarkan badan.

Pengambilan ulam perlu juga berhati2. Bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti tekanan darah rendah, kalau makan ulam yang merendah tekanan darah, maka ni akan mendatangkan kesan buruk, begitu juga kalau kadar gula dah rendah dan makan pulak ulam yang menurunkan paras gula, sudah pasti akan memberi kemudharatan pada tubuh. Walaupun begitu, ambil lah ulam yang hanya memberi kesan positif kepada kesihatan badan…

Khasiat Petai

Dah lama tak makan petai!! Tahu petai tu berkhasiat tapi oleh kerana ia boleh menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan membuat saya jarang sekali beli petai. Hmm… awal pagi tadi suami pergi ke pasar tani. Dia memang suka sangat makan ulam-ulaman, jadi banyak ulam kegemarannya seperti petai, pegaga, terung pipit dan tenggek burung di belinya. Bila nampak petai, teringin la tu. Tunggu saya belikan, tak beli2 hehe..

Berbicara tentang si petai ni, orang yang sering makan petai boleh menghindari diri daripada mendapat kencing manis. Bukan tu saja, dikatakan boleh merawat penyakit jantung, mencuci buah pinggang dan membunuh cacing di dalam perut dan usus.

Petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi di samping terdapat juga mineral kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C

image
(Khasiat petai berkurang bila dah kecut)

Petai juga boleh menyegarkan tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman, mengelak gejala sembelit, mampu mengurangkan risiko mendapat anemia, mengawal paras gula, menurun tekanan darah tinggi, boleh merawat masalah hati, busung dan bengkak ginjal dan mengurangi risiko strok.

Kandungan serat yang tinggi membuat petai sangat baik untuk pencernaan. Petai juga dikatakan mampu menurunkan suhu panas pada badan. Daun petai direbus dan diminum untuk merawat demam kuning.

image
Buku ini salah satu sumber rujukan.

Walaubagaimana pun elaklah memakan petai pada kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit

Kesederhanaan dalam apa jua biasanya itu yang terbaik…

Petua hilangkan bau petai di mulut;
1/ Kunyah bunga cengkih
2/ kunyah terung
3/ kunyah beras

Manfaat Daun Pandan

Biasanya kita guna daun pandan sebagai pewarna dan perisa kuih muih dan juga untuk mengharumkan masakan.

Tapi yang menarik dan mencetus saya untuk menulis tentang manfaat daun pandan ni, ialah baru2 ni sebelum raya, saya ada terbaca daun pandan ni boleh merawat kelemumur. Masalah kelemumur memang sukar diatasi. Banyak syampu yang dijual di pasaran gagal merawat kelemumur, cuma memberi kelegaan sementara! Cuba lah, petua di bawah ni, mungkin ia berkesan!!

Caranya; Ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan campur sedikit air, perah dan tapis ambil jus. Sapu jus pandan ke kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa tanpa menggunakan syampu.

image

Ramai berpandapat daun pandan ni boleh merawat penyakit gout. kalaulah tiap2 bulan kena makan ubat tahan sakit atau dah cuba pelbagai cara mengubati penyakit ni, masih juga tak sembuh, apa kata cuba pula petua ni,

Ambil 5 helai daun pandan + 2 litre air, rebus sehingga mendidih. Bila dah sejuk boleh lah minum, 3 kali sehari. Selepas lima hari checklah paras uric acid. Kalau dah turun bolehlah kurangkan jumlah daun pandan untuk direbus.

Semoga petua untuk gout ini dapat membantu…


Curing gout with pandan leaves