Baking powder serbaguna

Dalam entri sebelum ni pernah tulis tentang petua menggunakan baking powder (soda bikarbonat). Hari ni nak tambah lagi petua2, guna bahan yang sama.

image
(bila nak beli baking powder, pastikan beli yang bebas aluminum)

A) 1 sudu teh soda bikarbonat + 1/2 gelas air
Kumur dan lepas tu akhir sekali kumur dengan air biasa untuk menyegarkan bau mulut

B) Sapu soda bikarbonat ke ketiak untuk meneutralkan bau badan

C) Taburkan sedikit soda bikarbonat ke dalam tapak tangan bersama dengan syampu, buat seperti biasa dan bilas. Soda bikarbonat membantu membuang sisa syampu,  rambut akan lebih bersih dan mudah di urus.

Semoga petua di atas memberi manfaat!!

Khasiat Lemon Balm

Dah lama tak minum teh herba lemon balm. Baru2 ni beli pokok lemon balm dekat sungai buloh, bila pokok ni dah biak dan matang cadang nak keringkan daun2 lemon balm ni. Bila ada dalam stok senang le bila2 masa boleh minum. Pokok ni tak mahal, cuma RM 10.50 je. Tapi khasiatnya tak padan dengan harganya.

image
(Daun lemon balm juga digunakan sebagai penghalau serangga)

Herba Lemon Balm sering kali di gunakan bagi merawat kesihatan yang merosot. Kajian saintifik mengesahkan bahawa lemon balm mempunyai manfaat bagi menenangkan saraf dan merangsangkan tidur dengan lena kerana ia juga bertindak sebagai sedatif.
image
Selain dari buku ini, saya juga rujuk di internet.

Lemon balm dikatakan mempunyai kesan tonik pada sistem jantung dan peredaran darah serta menurunkan tekanan darah. Kandungan selenium yang tinggi membantu mengawal fungsi tiroid dan meningkatkan sistem imun, juga dianggap rawatan anti virus yang berkesan kerana terdapat tanin polifenol dalam herba ini.

Selain di gunakan sebagai penawar sakit kepala dan rasa loya, senak perut, herba ini juga digunakan sebagai teh untuk merangsangkan haid di kalangan wanita yang mempunyai masalah kitaran haid dan juga amat berguna bagi wanita yang hampir menopaus. Dikatakan juga kajian mendapati lemon balm boleh di manfaatkan bagi rawatan alzheimer dan kemurungan.

Kalau selalu terasa stress je, minum le teh herba ni. Ambil 4 atau 5 helai daun segar dan rendam didalam secawan air panas selama 10 minit. Pastikan cawan ditutup semasa lemon balm direndam. Semoga perasaan terasa tenang, insyaAllah.

Bagi wanita yang mengandung dan menyusu serta mereka yang menghidap penyakit glaucoma, dinasihatkan tidak mengambil herba ini.

Sakit tekak (sore throat)

Terdapat berbagai petua yang saya baca bagi menghilangkan sakit tekak. Seperti berkumur dengan air garam, ambil madu dengan lemon dan minum air kulit kayu manis dan banyak lagi.

Terkini saya baca mengenai seorang wanita dan seluruh ahli keluarganya mengamal minum jus nenas ( yang ‘fresh’ ) atau makan nenas sebagai penawar untuk sakit tekak. Dikatakan sangat berkesan kerana dapat melegakan kesakitan dengan cepat. (saya sendiri tidak pernah cuba, sebab lebih dari 10 tahun tak dapat sakit tekak, Alhamdulillah). Kandungan enzim yang terdapat didalam nenas bertindak sebagai anti radang juga boleh merawat rasa perit dan kering pada tekak. Petua ini dikatakan betul2 mujarab. InsyaAllah.

Cubalah petua ini kalau dapati cara lain tidak berkesan….