Minyak Zaitun untuk bakal ibu.

Beberapa hari yang lalu, seorang pembaca blog saya, minta saya tuliskan satu petua yang ingin dia kongsikan bersama terutama kepada bakal ibu. Katanya inilah amalan yang sering dia lakukan bila dia disahkan mengandung oleh doktor.

Ramai wanita mendapat “stretch mark” dibahagian perut, malahan ada juga yang mendapat dibahagian dada dan betis. Bagi mencegah dari berlaku, kata pembaca blog saya, dia amalkan hari2 mengosok minyak zaitun keatas kulit perutnya dari awal mengandung hingga kehampir nak bersalin. Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. Tidak terjadi “stretch marks” keatas kulit perutnya.

Bagaimana pula dengan “stretch mark” yang dah jadi? Rasanya tak mungkin boleh dibaikpulihkan lagi seperti asal 😦

Khasiat timun

Timun sejenis sayuran yang biasanya dimakan mentah, sangat manfaat bagi melawaskan buang air kecil, menyejukkan badan, dikatakan juga boleh merawat batu karang dalam hempedu dan dapat mengatasi sakit kerongkong.

Bila mata terasa pedih kerana lama mengadap screen ipad, ambil 2 hirisan timun dan tekap diatas mata, hmm selesanya.
Kisar timun tanpa air sehingga hancur. sukatkan air timun dan yoghurt sama banyak dan kisar lagi bagi sebati, boleh jadi face mask untuk membersihkan kulit dan mencegah wrinkles (kalau dah ada wrinkles camna ye? saya sendiri tak pernah cuba, mungkin satu hari nanti kena try petua ni, who knows, may be can say good bye to wrinkles!)

Biji timun dikatakan boleh membunuh cacing pita ( tapeworms ) , 2oz biji timun dikisar dan campur madu di ambil dengan perut kosong.
Jus timun juga dapat meredakan radang pada saluran kencing.

Nutritional yeast dan marmite

Saya suka mengambil nutritional yeast atau marmite yang mengandungi vitamin B, amino asid, folic asid dan mineral.

image

image

Nutrional yeast. Biasanya saya masukkan Ke dalam soup dan minuman. Tapi tak pernahlah pula masuk ke dalam soup herba. Terfikir ketika ni, nanti nak cuba, mungkin sedap. Bagi mereka yang suka minum susu, horlicks dll, boleh le try masukkan sedikit nutritional yeast ke dalam minuman.

image

Saya suka masukkan marmite kedalam soup2 herba dan bubur nasi.
Biasanya marmite di sapu pada roti. Di England ada juga ibu2 memberi anak2 mereka makan marmite sejak dari kecil kerana zat yang terdapat dalam marmite baik untuk tumbesaran kanak2.

Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan menjaga sistem saraf. Membantu untuk mengekalkan otak tisu,saraf,kulit, rambut dan banyak lagi.Mencegah amenia. Vitamin B Kompleks terkenal sebagai nutrien anti stres dan kemurungan disamping itu juga ia dapat membantu mengatasi keletihan. (Ada sesetengah orang alergi atau sensitif pada ekstrak yeast)

Bagi orang yang sering mendapat cramp diwaktu malam, mengambil 1 sudu teh marmite dengan 1 cawan air suam2 kuku dapat melegakan.  (saya tidak pernah lakukan tapi ini adalah pengalaman mereka2 yang biasa mengamalkannya. Boleh le cuba mungkin dapat membantu) dan bagi penghidap buasir (disapu di tempat itu, ini adalah petua yang saya baca. Ada mengatakan berkesan dan ada yang berkata tidak.)

Banyak petua2 yang saya dapat adakala melucukan tapi tak disangka kerana yang saya rasa macam tak logik itu kadang kala berkesan jugak…. 🙂