Kerabu Betik

Assalamualaikum

Hari ini saya nak kongsi resipi kerabu betik. Ada orang panggil kerabu betik dengan nama somtam. Tapi rasanya kerabu betik saya ini lain sikit dari somtam yang pernah saya makan di restoran Thai. Bagi saya somtam memang sedap. Selain dari betik atau buah mangga yang mekal, tomato dan sos ikan sering dimasukkan ke dalam somtam. Oleh kerana kerabu betik yang saya buat terkurang bahan, jadi saya buat ikut selera yang menepati citarasa keluarga. Kata anak saya, sedap! Alhamdulillah 🙂

Jom intai resipi.

image

Bahan-bahan:
1) 1/2 (250g) biji buah betik yang mekal
2) 1 sudu teh garam
3) 30g daun ketumbar dihiris 1cm lebar
4) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
5) 1~1 1/2 sudu teh serbuk ikan bilis
6) Jus 1/2~3/4 lemon
7) Cili padi merah dihiris nipis
8) 50g kacang tanah panggang (roasted) ditumbuk kasar
9) Garam secukup rasa

Cara:

1) Betik diparut dan gaul dan ramas dengan 1 sudu teh garam selama 2 minit. Perap dan masuk dalam peti sejuk. Biarkan selama 1 jam
2) Masukkan daun ketumbar, bawang besar, serbuk bilis, jus lemon, cili padi dan kacang tanah ke dalam mangkuk dan gaul sehingga rata.
3) Keluarkan betik dan ramas serta perah buang air betik
4) Kemudian masukkan betik ke dalam mangkuk (no. 2) dan gaul sehingga rata. Rasa dan jika perlu tambah garam.

Biarkan 30 minit sebelum dihidang supaya rasa pada kerabu betik lebih sebati.

Selamat mencuba

Kerabu Bendi

Assalamualaikum

Untuk mereka yang suka makan sayur bendi, hari ini saya kongsi resipi kerabu bendi pula.

Jom cuba..

image

Bahan-bahan:

1) 15 batang sayur bendi
2) 1 biji tomato
3) 50g udang kering direndam air panas selama 5 minit
4) 150g bawang merah dihiris nipis
5) 3 helai daun limau purut dihiris halus
6) 1 batang bunga kantan dihiris nipis
7) Cili padi merah dihiris nipis
8) 2 tsp serbuk pati ikan bilis
9) Jus 1/2~ 3/4 biji lemon
10) 1/4 tsp serbuk kasar lada hitam
11) 1 tbsp gula melaka dan garam secukup rasa.

Cara:

1) Masukkan sayur bendi ke dalam air mendidih selama 2 minit, toskan dan siram dengan air sehingga bendi sejuk.
2) Hiris sayur bendi 1 inci panjang
3) Tomato di belah dua dan hiris nipis
4) Tumbuk udang kering, cili padi dan gula melaka. Kemudian gaul dengan bawang merah, jus lemon, daun limau purut, bunga kantan, serbuk ikan bilis, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5) Akhir sekali gaul sayur bendi, tomato dan bahan udang kering (4) sehingga rata. Terus hidang.

Telur Sauerkraut

Assalamualaikum..

Menu ringkas untuk malam ini..
image

Bahan-bahan:

1) 4 biji telur
2) 4 tbsp sauerkraut/kubis masam
3) 1 biji buah tomato dibelah dua dan dihiris nipis
4) Serbuk kasar cili kering
5) Serbuk kasar lada hitam
6) Garam secukup rasa
7) 5 tbsp minyak masak.

Cara:
1) Pukul rata semua bahan 1~6.
2) Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan telur
3) Masak sehingga kelihatan garing dan kemudian balikkan telur.
4) Apabila sudah garing, hancurkan telur dan goreng seketika

Sedapnya makan dengan sambal 🙂