Buncis Tempoyak

As salam.
Resipi untuk hari ini adalah Buncis Tempoyak.

Selamat mencuba.

image

Bahan-bahan:

Kacang Buncis
2 sudu besar tempoyak (kurangkan sekiranya tempoyak terlalu masam)
1 labu kecil bawang besar dibelah dua dan hiris nipis
Cili padi dihiris nipis
Garam

Cara:

1. Celur kacang buncis ke dalam air mendidih sekejap. Kemudian angkat dan segera bilas kacang buncis dengan air paip dua atau tiga kali supaya suhu panas pada kacang buncis segera turun sejuk.
2. Kacang buncis dihiris kecil
3. Gaul kacang buncis, bawang besar, cili padi dan tempoyak sehingga sebati. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa

Daging Ketumbar

Assalamualaikum.
Esok dah hari jumaat, kejap je dari satu minggu ke satu minggu. Kadang-kadang tu saya rasa macam hari terlalu singkat. Rasa, 24 jam dulu macam panjang sangat. Kalau dulu terjaga tengah malam, alahai lamanya menunggu subuh. Sekarang ni dok menung-menung sekejap, aikk dah subuh! Mungkin juga kerana peningkatan umur saya, maka saya rasa begitu 🙂

Resipi yang nak saya kongsikan malam ini adalah daging goreng dengan daun ketumbar. Bila hujung minggu nanti, kalau rasa buntu nak masak apa untuk keluarga, bolehlah dicuba resipi ni…

Selamat mencuba! 🙂

image

image

Bahan-bahan:
400g daging lembut dihiris nipis dan gaul garam kunyit
1 labu bawang besar dipotong kiub
5 ulas bawang putih diketuk
5cm halia dihiris nipis
Cili padi ditumbuk lumat
2 pokok ketumbar dihiris (anggaran 1/2 mangkuk)
1 cawan minyak

Cara:

1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing
2. Masukkan daging, cili padi dan daun ketumbar. Goreng sehingga daging masak.
3. Tuang daging dalam tapis dan toskan.

Daging Masak Lemak

As Salam
Resipi untuk hari ini ialah daging masak lemak. Kali ini saya masukkan daun kari dan ikan masin ke dalam masakan ini. Tak sangka sedaplah pulak hehe..

Jom cuba.

image

Bahan-bahan:

300g daging lembut dihiris nipis
5 cm ikan masin kurau
Cili padi merah
Serbuk kunyit
2 biji buah keras
1 cawan air
2/3 cawan santan kotak
2 tangkai daun kari diraut
Garam secukup rasa

Cara:

1. Satukan cili padi, buah keras, ikan masin dan serbuk kunyit. Tumbuk sehingga hancur
2. Panaskan air dan masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau sehingga masak
3. Kemudian masukkan daging dan daun kari.
4. Apabila mendidih dan daging telah masak, masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata
5. Padam api apabila kuah mendidih.