Cuti-cuti Osaka (Bhg 3)

Setelah selesai makan tengahari di restoran Minokichi di New Hankyu Hotel Kyoto, Kojima-san membawa kami ke Ninenzaka & Sannenzaka.

Melawat bandar Kyoto tidak akan lengkap tanpa berjalan kaki melalui laluan berliku di sekitar kawasan Higashi-yama yang merupakan salah satu kawasan yang paling indah di Kyoto untuk dilawati. Kawasan Higashi-yama ini berada di antara dua jalan utama iaitu Ninenzaka dan Sannenzaka. Kedua-dua jalan yang menarik ini dihiasi dengan deretan rumah-rumah kayu lama, kedai-kedai dan restoran tradisional. Kelihatan juga banyak rumah-rumah teh dan kafe di lorong ini.

PEMANDANGAN DISEKITAR NINENZAKA & SANNENZAKA
image

image

image

image

image

DI KEDAI TEH HIJAU
image

BERGAMBAR BERSAMA KOJIMA-SAN, PEMANDU DARI SYARIKAT MK TAXI
image

Kami pulang ke Osaka pada jam 4 petang dengan rasa puas hati. Alhamdulillah… Walaupun ini merupakan kali ketiga saya ke Kyoto, saya tidak pernah rasa jemu kerana sentiasa ada benda baru untuk dilihat dan pengalaman baru untuk dirasai. Pada pendapat saya bandar Kyoto perlu di lawati sekiranya anda ke Jepun.
Esoknya kami ke bandar Kobe pula..

Cuti-cuti Osaka (Bhg 2)

Selepas sarapan kami terus ke JR station untuk ke bandar Kyoto. Bagi memudahkan perjalanan menaiki keretapi, kami beli kad ICOCA (macam kad Touch N Go). Perjalanan mengambil masa selama 30 minit.

Untuk menjimatkan masa, kami telah menyewa teksi sepanjang berada di Kyoto. Tempat pertama yang kami lawati ialah bamboo forest di Arashiyama. Tempat ini sememangnya sangat cantik dan menjadi tarikan kepada pelancong. Ketika kami tiba, lebih kurang jam 9 pagi, belum ramai lagi pengujung berada di situ. Cuaca pada hari itu sangat sejuk tapi nyaman dan menyegarkan!

Seterusnya kami menaiki Sagano Romantic Train untuk menikmati pemandangan di sekitar Arashiyama. Perjalanan sejauh 7 kilometer di sepanjang sungai Hozugawa mengambil masa selama 25 minit kerana keretapi ini bergerak agak perlahan, mungkin ideal untuk mereka yang nak honeymoon. It was a very enjoyable ride, however the romantic feeling was not there for me.. ye lah sebab saya hanya bersama dengan anak-anak kan? hehehe…
Destinasi seterusnya ialah Kinkakuji atau Golden Pavillion. Bangunan yang berwarna kuning berkilauan ini terletak di atas sebuah tasik dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang membuat ia kelihatan begitu tradisional sekali. Tempat ini memang terkenal dikalangan pelancong.

Untuk makan tengahari, kami ke restoran Minokichi. Makanan halal di sini perlu ditempah 4-5 hari sebelum ke sana. Sedap! 🙂
Boleh google untuk maklumat lanjut.

SAGANO BAMBOO FOREST
image

ROMANTIC TRAIN
image

PEMANDANGAN DARI ROMANTIC TRAIN
image

image

image

KINKAKUJI
image

image

image

RESTORAN MINOKICHI
image

image
Pemandangan yang indah, cuaca sejuk dan nyaman serta makanan Jepun yang enak, makes the day awesome and memorable!

Cuti-cuti Osaka (Bhg 1)

Pesawat mendarat di lapangan terbang Kansai pada hari Ahad 7 hb. Disember 2014 tepat jam 7 pagi waktu tempatan. Alhamdulillah segala urusan di imigresen berjalan lancar. Sebelum kami menaiki bas untuk ke hotel New Hankyu, kami singgah sebentar ke sebuah restoran halal yang terletak di tingkat dua bangunan airport.

RESTORAN U-DON HALAL

image

Perjalanan bas ke hotel New Hankyu yang terletak di Bandar Osaka mengambil masa lebih kurang 1 jam. Pada awalnya kami merancang hendak menaiki keretapi untuk ke hotel tapi setelah diteliti, mengambil airport bas lebih mudah kerana ia akan berhenti dekat dengan pintu hotel. Kami memilih untuk menginap di hotel New Hankyu kerana lokasinya yang strategik, harganya yang berpatutan dan berdekatan JR station. Walaupun lokasi JR tu dekat namun kita perlu berjalan menyeberangi jambatan.

Oleh kerana kami tiba di hotel pada awal pagi, kami tidak dapat terus check in bilik. Kami tinggalkan beg pakaian di hotel dan terus ke station keretapi JR (Japan Railway) untuk ke destinasi yang telah pun dirancang iaitu ke Osaka Castle.
Dari station Osakajokoen kami berjalan kaki ke Osaka Castle, bersiar-siar sambil mengambil gambar permandangan sepanjang jalan. Tak sangka pula agak jauh jalannya, letihlah juga..

Cuaca ketika itu cerah dan sejuk. Tapi inilah kelainan yang kami cari dalam percutian ini 🙂

Kami kembali ke hotel dan tiba pada jam 2 petang.

PEMANDANGAN DI OSAKA CASTLE PARK
With my daughter Zafirah.
image
My eldest daughter Zahilah and her husband Yusuf.
image

image

OSAKA CASTLE
image

image

SHINSAIBASHI
image

image

Makanan di restoran Ali’s Kitchen, memang sangat sedap!
image

Rice lamb kebab antara menu yang kami nikmati..
image

Pada pukul 5 petang hari sudah pun gelap, kami keluar semula dan pergi ke Shinsaibashi bersiar-siar, window shopping dan makan malam di sebuah restoran Pakistan, Ali’s Kitchen.

Oleh kerana keesokan pagi kami akan bertolak ke bandar Kyoto, kami pulang awal ke hotel sekitar jam 8 malam dengan teksi.