Cuti-cuti Osaka

Assalamualaikum.

Syukur kepada Allah swt kerana saya dan anak-anak selamat pulang ke tanahair dari Osaka, Jepun. Pesawat mendarat di KLIA pada jam 5 petang semalam. Penerbangan dari Osaka ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 6 jam.
Selama 5 hari kami berada di sana, terasa percutian ini sangat indah dan seronok sekali, alhamdulillah.
Di sana kami berkesempatan melawat Bandar Kyoto sebanyak dua kali dan juga berpeluang melawat masjid tertua di Bandar Kobe. Waktu selebihnya kami bersiar-siar di Bandar Osaka.
Cuaca agak sejuk namun harinya sentiasa cerah, mujur juga tak hujan sepanjang kami di sana.
InshaaAllah saya akan rakamkan kisah percutian ini dengan lebih lanjut di entri yang akan datang.

Untuk hari ini saya kongsikan gambar hidangan dalam pesawat MAS dulu, hehe..

image

image

Diari Umrah part 6: Jabal Thur & Jabal Rahmah

Bagi jemaah yang bercadang hendak menambah ibadah Umrah boleh melalui miqat Ja’aranah, Tana’im dan Hudaibiyah.
Kami dibawa melawat ke sekitar Mekah, Jabal Thur (tempat Rasulullah s.a.w. bersembunyi bersama Saidina Abu Bakar ketika diburu musuh), ke Arafah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur (Gua Hira), Jabal Rahmah dan Ja’aranah.

Jabal Thur
image
Kami berhenti sekejap saja sekadar untuk mengambil gambar.

Jabal Thur
image
Jabal Rahmah – tempat pertemuan Nabi Adam a.s dan Hawa setelah begitu lama terpisah selepas dikeluarkan dari Syurga. Gambar ini dirakam di bahagian belakang bukit. Terdapat tangga untuk mendaki dibahagian depan Jabal Rahmah, tapi tinggi juga. Saya memang tak naiklah 🙂

Jabal Rahmah
image

Rasanya sampai di sini sajalah diari Umrah saya untuk tahun ini. Maaf, saya tidak mampu merakamkan betapa istimewanya Tanah Suci dalam sekadar beberapa entri sahaja. Memang tidak akan sama perasaan dan penghayatan apabila kita pergi sendiri berbanding membaca pengalaman orang. Namun saya berharap catatan saya ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan di samping menerbitkan perasaan ingin menjejakkan kaki ke sana dikalangan pembaca. Semoga kita semua dijemput ke Baitullah berkali-kali lagi dan lagi dan lagi. InshaaAllah. Aminnn..