Percutian Di Sabah – 2

Assalam..

Selepas sarapan di hotel kami mula bersiap untuk ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami.

Gambar di bawah adalah pemandangan sekitar dari Hotel Dream World & gambar berlatar belakang Gunung Kinabalu yg dilitupi kabus…..

Desa Cattle Dairy Farm.
Pemandangan yang sangat cantik. Cuaca yang dingin membuat kami begitu selesa bersantai lama di sini.

Kemudian kami terus ke hot spring. Ketika sedang menjamu selera, juru pandu kami Hasif dan isterinya, Nana mengajak kami mendaki bukit. Kami setuju je. Tak sangka la pulak nak kena jalan atas titi gantung yang tinggi! Gayat sungguh!

Di pertengahan jalan atas titi gantung tu, saya rasa macam dah tak mampu nak teruskan berjalan. Hinggakan ada ketika kaki saya tak boleh nak melangkah sebab takut sangat. Tapi nak buat macammana, nak patah balik pun satu hal juga. Teruskannn je laaa walaupun ketakutan. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Mulut dan hati saya tidak henti-henti berdoa…

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya melaluinya hingga ke penghujung jalan. Satu pengalaman yang sangat bernilai buat kami semua. Tapi masa tu saya terfikir…ini first and last time kot. Tak sanggup lalu lagi.

ĺ

Rupa2nya ini bukanlah kali terakhir …. ada lagi titi yang akan di lalui selepas itu!

Percutian Di Sabah – 1

​Assalamualaikum…

Apa khabar anda semua? Saya, alhamdulillah sihat, cuma ada ketika tu sibuk sedikit. Lama juga kan saya tak update blog ni… 
Kali ini nak cerita serba sedikit percutian saya baru-baru ini dengan kawan2. Tak sangkalah pula, percutian di Sabah ini sangat menarik dan menyeronokkan.

Seperti biasa kami rancang percutian ini 4 bulan lebih awal. Kami ambil pakej under Sulaman Travel & Tour Sdn. Bhd. Kami ke sana tidak lama, cuma 4 hari 3 malam sahaja. Percutian kali ini hanya kami berlima saja kerana sahabat kami Zaidah terpaksa tarik diri di saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan…

Pada 13/10/16 jam 6 pagi kami semua bertemu di KLIA 2. Penerbangan ke Kota Kinabalu jam 7.50 pagi itu mengambil masa lebih 2 jam…

Sebelum menaiki pesawat, kami sarapan dulu..

Setiba saja di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kami teruskan perjalanan ke Kundasang yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit

Perjalanannya agak mencabar juga, kalau tak tahan boleh pening kepala kerana jalannya berliku-liku dan mendaki bukit. Sepanjang perjalanan, pemandangan  kelihatan begitu indah dan nyaman dengan bukit bukau yang terbentang luas.. bila mendongak ke langit, langit di litupi kabus… cantik.

Dalam perjalanan, kami singgah di Pekan Nabalu, Kinabalu Park dan kemudian ke kaki Gunung Kinabalu sebelum singgah bermalam di Hotel Dream World 

PEKAN NABALU
 Di sini terdapat pelbagai jenis buah-buahan..

KINABALU PARK
Makan tengahari di Balsam Buffet Restaurant

KAKI GUNUNG KINABALU

Kami tiba di Hotel Dream World pada lewat petang. Pada pandangan saya hotel ni ok juga dan berdekatan dengan Desa Cattle Dairy Farm. Cuaca di sini sejuk terutama di waktu malam. Kalau nak keluar di waktu malam perlulah pakai sweater.

Kami cuma menginap semalam je di sini. Esoknya, selepas sarapan kami ke Desa Cattle Dairy Farm, Canopy Walkway Poring, Kundasang War Memorial, Sabah Tea dan teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu….

Bercuti di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia

Assalamualaikum..

Lama benar saya tak update blog ini. Almaklumlah sejak balik dari bercuti di Bukit Tinggi bersama teman-teman, mood bercuti bersambung-sambung hingga ke hari ini. Hehehe..
Kami ke Bukit Tinggi tidak lama cuma 3 malam sahaja. Ini adalah kali kedua pemergian saya ke sana. Kali pertama dulu saya ikut suami….
Penerbangan dari Kuala Lumpur pada 11 April ke Padang mengambil masa selama lebih kurang 1 jam dan kami tiba pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan.
Sebaik sahaja kami sampai di sana, kami di bawa sarapan dan kemudian meneruskan perjalanan ke Bukit tinggi. Kami tiba di Bukit Tinggi pada lewat petang, kerana banyak singgah semasa dalam perjalanan.
Pemandangan sepanjang perjalanan, adakala saya lihat macam di tempat kita juga. Lebih kurang macam di negeri Kedah, banyak sawah bendang dan rumah-rumah kampung. Penduduknya ramai, rumah-rumah berdekatan antara satu sama lain. Apa yang sangat menarik pada pandangan saya adalah terlalu banyak masjid di sana. Hati berasa tenang, tidak risau atau pun gusar sepanjang berada di Padang dan Bukit Tinggi. Alhamdulillah.

Apa yang menarik di Bukit Tinggi? Cuacanya nyaman, makanannya sedap dan Bukit tinggi terkenal dengan tempat buat kain dan telekung sulam. So kami banyaklah beli telekung dan kain. Cantik-cantik dan murah serta rambang mata.
Seronok shopping di sini…  😀

Singgah sarapan di rumah makan lamun ombak sebaik tiba di Padang.

image

Kawasan Air Terjun

image

Rumah Gadang Minangkabau

image

Sedang mendengar taklimat tentang Rumah Gadang

image

Pakaian Minangkabau

image

Makan Malam di Bukit Tinggi

image

image

Di Tasik Manninjau, Bukit Tinggi

image

image

image

Di Istano Baso Pagaruyung

image

Di Airport. Selamat Tinggal Padang..

image