Koktel Salad Udang

Koktel salad udang sedap dimakan sejuk dan sesuai sebagai pembuka selera.

1448544419877

 

 

 

Bahan-bahan:

1) 8 ekor udang besar dibersihkan tanpa dibuang kulit, direbus dengan sedikit air sehingga masak. Kemudian buang kulit udang dan hiris
2) 1/2 mangkuk besar daun ketumbar yang telah dihiris
3) 1 biji tomato dihiris nipis
4) 1/2 labu bawang besar dihiris kiub kecil
5) Cili padi dihiris nipis
6) Jus 1 biji lemon
7) 2 sudu besar minyak zaitun
8) 3 sudu besar air rebusan udang
9) Garam

Cara:
1) Gaul semua bahan dan masukkan kedalam balang kaca.
2) Biarkan dalam peti sejuk selama 3~4 jam.

Ok, selamat mencuba.

Buah Perah

Baru-baru ini saya beli buah perah dengan harga RM4. Banyaknya seperti di dalam gambar. Saya beli yang telah direbus. Rasanya macam makan buah berangan, lemak tapi pahit sedikit. Sedap juga. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya mengetahui, tengok dan makan buah perah. Rupanya ia adalah buah yang agak popular juga di negeri Pahang. Buah perah jeruk dan perah rebus biasanya dihidangkan semasa minum petang.

Pokok perah adalah pokok hutan. Ia banyak didapati di kawasan hutan seperti di Ulu tembeling dan Taman Negara.

Kulit buah ini nipis dan keras. Ia perlu dijeruk atau direndam di dalam air untuk menghilangkan getahnya.

BUAH PERAH
image

Berwaspada, buah ini jika dimakan mentah secara berlebihan boleh menyebabkan mabuk atau pening kepala.

Agaknya buah perah ini kalau dimasak lemak mungkin sedap..

Kulit Cempedak

Hari ini tiba-tiba saya rasa nak mencuba sesuatu yang baru. Saya jarang makan apatah lagi masak kulit cempedak ini kecuali jeruk mandai. So dinner tadi saya trylah goreng bersama daun kari dan bawang putih.

image

Jom cuba resipi ni.

KULIT CEMPEDAK GORENG KUNYIT
image

image

Setelah lapisan luar kulit cempedak dibuang, bahagian lembut dihiris nipis untuk masakan ini.

Bahan-bahan:

1) 1 Mangkuk kulit cempedak yang dihiris nipis direndam dengan air garam (1/2 tbsp garam) selama 30 minit. Cuci dan bilas beberapa kali. Perah dan toskan
2) Serbuk kunyit & garam
3) 3 tangkai daun kari
4) 6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang

Cara:
1) Gaul kulit cempedak dengan kunyit dan garam secukup rasa.
2) Goreng kulit cempedak dalam minyak yang banyak sehingga hampir kekuningan
3) Masukkan bawang putih dan bila hampir garing masukkan daun kari.
4) Bila dah garing toskan.

Mm… rupanya sedap jugak, bolehlah buat lagi. 🙂