Assalamualaikum..

Mungkin sudah ramai diantara kita kini berada di kampung bagi menyambut Eidul Fitri. Bagi anda yang masih dalam perjalanan pulang, berhati-hati ketika memandu. Bak kata orang, biar lambat asalkan selamat. Anak saya pula kata, biar lambat asalkan tak kena saman πŸ˜€ Kalau mata rasa mengantuk, berhentilah rehat sekejap. Jangan paksa diri untuk teruskan juga perjalanan, takut-takut ditimpa musibah, nauzubillah. Ingatlah pada yang tersayang!

Kini kita berada di penghujung bulan ramadan dan suasana hari raya sudah mula terasa. Jadi, hari ini saya masak Ketupat Pulut Daun Kelapa dan Rendang Tok. Resipi Ketupat Pulut boleh klik di link yang saya sertakan di bawah.

Bagi anda yang suka makan Rendang Tok, bolehlah cuba resipi yang saya kongsikan di sini. Rendang Tok sangat terkenal di negeri Perak dan terdapat banyak cara memasaknya. Ada yang guna lengkuas dan serai, ada juga yang suka gunakan daun salam dan daun kunyit atau daun limau purut. Bila ada berbagai cara bagus juga, ia menghasilkan berbagai rasa..

Anyway, jom kita tengok resipi Rendang Tok yang saya sediakan..

image

RENDANG TOK
image

image

RENDANG TOK
Bahan: A

1) 1.5kg daging dipotong kiub
2) 200g bawang merah dihiris nipis
3) 50g bawang putih dihiris nipis
4) 80g halia dimayang halus
5) 100g kerisik & 50g gula melaka
6) 2 kotak kecil santan kara/ Pati santan segar dari 4 biji kelapa
7) 2 cawan air
8) Garam

Bahan: B

1) 3 tbsp serbuk ketumbar
2) 2 tbsp serbuk kasar cili kering
3) 1 tsp serbuk jintan putih
4) 1 tsp serbuk jintan manis
5) 1/2 tsp serbuk lada hitam
6) 1 tsp serbuk kunyit

Bahan: C

1) 2″ kulit kayu manis
2) 1 kuntum bunga lawang
3) 10 kuntum bunga cengkih
4) 10 biji buah pelaga
Semua bahan C ditumbuk sehingga hancur

Cara:

1) Masukkan bahan B dan C ke dalam periuk. Kacau rata dan masukkan daging, gaul sehingga rata dan perap selama 1 jam
2) Kemudian masukkan semua bahan A (2~7). Kacau sehingga rata
3) Masak atas api sehingga mendidih. Kemudian kecilkan api
4) Kacau selalu semasa rendang hampir kering supaya tidak hangus dan masukkan garam secukup rasa
5) Masak rendang tok sehingga kering

β™‘ This Rendang Tok πŸ˜‰

RESIPI: KETUPAT PULUT
Klik link ini KETUPAT PULUT DAUN KELAPA

Selamat mencuba..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s