Selera Kasih

Jom cuba salad selera kasih, gabungan sayuran dengan buah kiwi gold yang membuat rasa salad lebih sedap.

image

Bahan-bahan:
1) 6 tangkai kacang panjang dicelur sekejap dan dipotong 1cm
2) 1 biji buah kiwi gold dicincang halus
3) 1 biji tomato dipotong kecil
4) 3 biji cili padi dihiris nipis
5) 1 biji timun di sagat. Bahagian tengah timun tidak diambil
6) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
7) 1 1/2 tbsp minyak zaitun & serbuk kasar lada hitam
8) Jus 1/2 biji lemon dan garam

Gaul semua bahan dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Eryngii KanRai

Eryngii Kantan Serai, saya pendekkan jadi Eryngii KanRai, mmm… macam bunyi masakan Thai lah pulak, hehehe

Anyway, masakan ini mengunakan bunga kantan dan serai. Dua herba yang boleh mempengaruhi rasa dan bau pada kebanyakkan makanan. Saya juga masukkan ikan masin kurau supaya menambah ‘kick’ pada hidangan Eryngii KanRai ini. Bagi saya lah, kombinasi bahan-bahan ini membuat masakan ini menjadi sedap.

Menu ini memang laku di rumah saya. 🙂

1448535980618

 

Bahan-bahan:

1) 6 cendawan eryngii dihiris
2) 2 inci ikan masin kurau dihiris kecil dan nipis
3) 1 bunga kantan dihiris nipis dan dicincang
4) 2 batang serai dihiris nipis dan dicincang (anbil bahagian lembut)
5) 4 ulas bawang putih dicincang
6) 3 tangkai cili kering dihiris
7) Serbuk kasar lada hitam
8) 2 sudu besar air
9) Garam, jika perlu.
Cara:
1) Panaskan minyak dan goreng ikan masin.
2) Masukkan bunga kantan, serai dan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan
3) Masukkan cili kering
4) kemudian masukkan cendawan, serbuk kasar lada hitam dan air
5) Masak sehingga cendawan lembut

Jom baca…

Khasiat Cendawan Eryngii

Pajeri Manggis & Brokoli

Semalam saya sediakan masakan pajeri manggis & brokoli untuk dinner. Saya memang suka pajeri. Terdapat pelbagai jenis, ada pajeri terung, nenas, mangga muda, kedongdong muda, rebung dan sebagainya.

Saya juga suka variasikan bahan utama masakan pajeri ini supaya ada kelainan dalam masakan disamping rasanya yang sedap. Sebelum ini saya pernah juga buat pajeri buah pear.

Buah manggis memang enak bila dimasukkan ke dalam pajeri. Rasanya yang manis dan sedikit masam itu membuatkan pajeri ini sedap. Saya cuma masukkan 10 biji buah manggis kecil je. Bagi sayalah, lagi banyak manggis digunakan lagi sedap pajeri ni. Tapi janganlah sampai pajeri menjadi terlebih manis kerana buah manggis pula. Untuk masakan pajeri ini saya tidak masukkan udang kering ataupun ikan bilis kerana saya nak kekalkan rasa buah manggis.

Ok jom cuba pajeri kegemaran saya yang mudah ini. Semua bahan-bahan tidak perlu dikisar ataupun ditumbuk, cuma hiris je. Kalau rajin bolehlah buat kerisik sendiri, kalau tidak tiru je macam saya, beli yang dah siap 😉
image

Bahan-bahan:
1) 10 biji buah manggis. Buangkan kulit dan leraikan isi
2) 400g brokoli di hiris sederhana besar
3) 1 1/2 halia di mayang
4) 3 ulas bawang putih dihiris nipis
5) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
6) 2″ kulit kayu manis
7) 4 menimbun tbsp (4 heaped tbsp) serbuk kari ikan adabi + sedikit air
8) 1 1/2 ~ 2 tbsp kerisik
9) 1/2 kotak kecil santan kara & 1/2 cawan air.

Cara:

1) Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan kulit kayu manis sehingga bawang kekuningan
2) Masukkan rempah kari dan masak sehingga terbit minyak
3) Satukan air, santan dan kerisik dan kacau sehingga sebati
4) Kemudian masukkan campuran santan dan buah manggis dan masak sehingga kuah kelihatan hampir pekat. Akhir sekali masukkan brokoli.
5) Bila brokoli hampir lembut bolehlah tutup api.

Makan dengan ikan masin kurau memang menyelerakan.