Paku Bukit Berempah

Alhamdulillah masakan ini disukai keluarga. 😀

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk sayur paku bukit yang telah dikerat2. Batang yang besar dibelah dua.
2) 1 1/2 tsp rempah kari ikan
3) 1 tbsp tepung beras
4) Garam secukup rasa

Cara:
1) Gaul semua bahan 1 ~ 4 dan perap selama 1 jam.
2) Panas minyak yang banyak dan goreng paku bukit sehingga garing
3) Toskan

Ok selamat mencuba.
Resipi yang mudah dan sedap, hehe…

Paku Bukit

Sekarang saya tengah dok fikir, macam mana nak masak sayur pucuk paku bukit ini. Saya tak pernah makan dan juga tak pernah masak sayur ini. Sayur paku bukit nampak sama je dengan paku pakis yang biasa tu, cuma ia lebih besar. Kata pak cik yang jual sayur ini, rasa dan cara masak paku bukit ini tidak sama dengan paku pakis dan rasanya pun lebih sedap kalau kena gaya cara masaknya. Paku bukit tidak boleh dimakan dengan dicelur atau dimasak seperti biasa sebab sayur ini akan mengeluarkan banyak lendir. Ia sedap dimasak rendang, kena masak bagi lama di atas api sehingga kering.

Mmm…sehingga kini belum lagi mendapat ilham macam mana nak masak dengan sayur ini.

Anyway, kalau masakan saya sedap, insyaAllah saya akan poskan dalam blog ini nanti. Kalau tak ada tu bermakna tak sedap laa… 😀

SAYUR PAKU BUKIT
image

image

Daging Bebuas

Biasanya ramai juga yang gemar pucuk bebuas ini dicelur dan dicicah makan dengan sambal belacan atau pun dibuat masak lemak. Bagi saya daun bebuas ini sedap dan boleh di masukkan ke dalam pelbagai jenis masakan dan kerana rasanya yang unik, ia memberi rasa kelainan pada masakan….

Jom tengok resipi, mmm…sedap makan dengan nasi panas, menyelerakan 😀

DAUN BEBUAS
image

ANTARA MENU BERBUKA SEMALAM:
image

DAGING BEBUAS
image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk daging batang pinang dihiris nipis
2) 2 batang serai dihiris nipis dan dicincang halus
3) 1 labu bawang besar dihiris nipis dan dicincang
4) Cili padi dihiris nipis
5) Serbuk kasar lada hitam & sedikit kicap pekat
6) 2 mangkuk pucuk muda daun bebuas dihiris kasar

Caranya:
1) Perap bahan 1 ~ 5 selama 10 minit.
2) Panaskan 1 mangkuk minyak dan goreng daging sehingga serai dan bawang menjadi garing
3) Toskan daging dan masukkan daging semula ke dalam kuali
4) Masukkan daun bebuas dan garam secukup rasa dan goreng sehingga daun bebuas layu dan kering.

Selamat menjamu selera 🙂