Sup Dhal & Labu

Salam semua..

Hari ini makanan sihat yang sesuai dimakan sebagai appetizer…

 

1449654068230

Bahan-bahan:
1) 1/2 cawan kacang dhal oren yang kecil
2) 1 cawan labu yang dipotong kiub
3) 1/2 labu bawang besar dicincang
4) 1 ulas bawang putih dicincang
5) 3 1/2 cawan air
6) 1/4 ~ 1/2 sudu teh jintan manis
7) 1/2 biji lemon, kalau suka lebih masam bolehlah lebihkan jus lemon.
8) Lada hitam & garam.
9) 2 sudu besar minyak zaitun

Caranya:
1) Tumis bawang besar & bawang putih sehingga layu. Masukkan air, kacang dhal dan labu. Rebus selama 1 jam di atas api yang kecil atau sehingga dhal masak dan lembut.
2) Masukkan lada hitam, jintan manis, minyak zaitun, jus lemon dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
3) Setelah kacang dhal masak, biarkan ia sejuk dan kemudian kisar sehingga lumat
4) Panaskan semula sup sebelum dihidang.

Selamat mencuba.. 🙂

Tembikai masak bening.

Bahagian putih buah tembikai memang sedap dimasak sebagai sayur. Jadi untuk hidangan berbuka puasa, saya masak air je isi tembikai ini.

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk isi putih buah tembikai yang dihiris
2) 5 ulas bawang putih
3) Segenggam ikan bilis
4) Cili padi
5) Lada hitam & garam
6) Air secukupnya, lupalah pula nak sukat, agak2 je lah ya.. 🙂

Cara membuat:

1) Tumbuk bawang putih, ikan bilis dan cili padi.Tak perlu tumbuk sehingga lumat
2) Masak air & bahan yang ditumbuk hingga mendidih dan kemudian masukkan isi tembikai, lada hitam & garam secukup rasa.
3) Bila mendidih lagi bolehlah padam api.

Walaupun resipi ini mudah, masakan ini kegemaran kami sekeluarga…

DOA UNTUK MENGELAK LUPA.

Dalam Tafsir Ibn Kathir, diriwayatkan oleh Sayidina Umar al-Khattab r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di bawah.

image

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan dihina. Berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan kami, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.”

Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al Hakim, doa ini dibacakan oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu.