DOA MOHON PETUNJUK
Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.
Surah al-Kahfi (18), ayat 10
Kami menaiki tour bus dari hotel menuju ke Lotte World. Perjalanan mengambil masa hampir 45 minit. Lotte World terletak berhampiran dengan stesen subway Jamsil di Seoul dan merupakan kompleks yang besar. Sebelum kami ke Jamsil Dock, sempatlah kami singgah selama 2 jam di Lotte World. Terdapat theme park seperti Disneyland di Lotte World.
Sebenarnya plan asalnya kami ke Jamsil, nak naik Hangang River Cruise untuk melihat pemandangan yang indah disepanjang sungai Hangang tetapi kami tiba di Jamsil dock agak awal. Untuk menaiki ferry kami terpaksa menunggu hampir 2 jam, jadi kami ambil keputusan untuk batalkan saja niat nak ambil cruise ini. 😦
PEMANDANGAN SEKITAR JAMSIL

Nak ke Jamsil dock, kiri-kanan jalan terdapat banyak condominium.

Anyway, we enjoyed the day.. 😀
Insadong adalah tempat yang paling saya suka, 😉 Di sepanjang jalan terdapat banyak kedai jual sovenir. Oleh kerana saya sangat happy ketika membeli barang-barang kegemaran saya, saya terlupa pula nak mengambil gambar barang-barang yang di jual di sini, hehe..
Di sini terdapat art galleries, Traditional Tea House, kedai-kedai menjual kraftangan dan barang-barang antik Korea.

PEMANDANGAN DI INSADONG ANTIQUE STREET.

Anyway, sekiranya saya berpeluang datang ke Seoul lagi dimasa hadapan, InsyaAllah, tempat ini akan saya kunjungi lagi dan lagi… hahaha…