Renungan Pagi Jumaat

image

image

Maksudnya:
Dan apabila hamba-hamba ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Surah al Baqarah : 186

Korea : Seoul Tower

Pada waktu petang saya ke Seoul Tower, yang terletak di tengah kota Seoul, lebih tepat di Namsan Park. Ketinggian Seoul Tower adalah melebihi 480 meter, tetapi observation tower di situ hanya 370 meter tinggi atas paras laut. Jika  cuaca baik dan tiada pencemaran udara, kita akan dapat melihat keseluruhan bandaraya Seoul dan kawasan sekeliling. Disitu juga ada Fairy Land dan Global Village Folk Museum. Tiket ke Observatory Tower harganya 5000 Won atau lebih kurang RM 15, tetapi kalau harga pas ke tiga tempat adalah 9000 Won. Untuk naik ke atas kita perlu berjalan mendaki bukit sedikit kerana bas berhenti agak jauh. Anyway, it is a very good exercise.

Dari Seoul Tower saya dan rombongan dibawa ke Restoran Korea yang terkenal dengan makanan tradisi korea.

image

image

VIEWS FROM OBSERVATORY TOWER

image

image

image

image

KOREAN TRADITIONAL DANCERS IN HANBOK DRESS

image

TRADITIONAL MUSICAL PERFORMANCES

image

image

THE TRADITIONAL DINNER AMBIENCE

image

image

KOREAN FOOD

image

To my mind, this was a really memorable evening, something that I will cherish for a long  time.   🙂

Korea : Lawatan ke Istana Gyeongbok

Gyeongbok adalah istana pertama yang dibina oleh Dinasti Joseon. Istana ini adalah yang paling besar dan terhebat diantara lima istana yang terbina pada zaman itu. Istana Gyeongbok telah dibina pada abad ke-14 dan telah musnah beberapa kali, setiap kali ianya dibina semula. Ia terletak di tengah-tengah ibu kota Korea, Seoul. Pintu masuk utama ke Istana Gyeongbok ialah Gwanghwamun Gate.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

GWANGHWAMUN GATE

image

Kawasan istana ini sangat luas dan kami hanya meluangkan masa selama 1 jam untuk bersiar-siar dan mengambil gambar di persekitarannya. Tempat ini amat cantik, terdapat tasik, ada juga istana kecil di tengah tasik. Rekabentuk istana ini memang amat menarik; pembinaan yang begitu teliti. Sebenarnya kita perlu lebih banyak masa jika betul-betul mahu melihat keindahan keseluruhan kawasan istana ini…