Masak lemak Pisang Muda

Assalamualaikum

Hari ini saya buat masak lemak lagi. Kali ini masak lemak kuning dengan pisang muda. Di rumah saya bila lauk simple macam ini dihidang, kami akan makan nasi bertambah-tambah, menyelerakan! 😀

image

Bahan-bahan:

1) 10 biji pisang muda Lemak Manis, dicuci bersih dan hujung dipotong sedikit. Pisang tidak perlu dibelah dan kukus sehingga masak
2) 100g ikan masin kurau dipotong kiub dan goreng sehingga masak dan kekuningan
3) 4 cili merah dan sedikit cili padi di kisar/tumbuk jangan lumat
4) 1/2 sudu teh serbuk kunyit
5) 1 1/2 cawan air
6) 1/2 cawan santan kotak kara
7) 2 batang serai diketuk
8) Garam jika perlu

Cara:

1) Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

Masak Lemak Betik Muda

Assalamualaikum

Seperti biasa, hari ini saya sediakan masakan mudah dari dapur kasihilmar.
Hidangan ini enak digandingkan dengan ikan goreng, sambal belacan atau cili kicap..

image

Bahan-bahan:

1) 300g betik muda dihiris sederhana besar
2) 2/3 cawan air
3) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
4) 2 ulas bawang putih dihiris nipis
5) 2cm halia di mayang
6) 40g ikan masin kurau dipotong kiub dan digoreng
7) 1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
8) 1/2 kotak santan kara
9) 3~4 helai daun limau purut
10) Garam secukup rasa
Kalau suka pedas bolehlah masukkan hirisan cili padi

Cara:

1) Rebus hirisan betik dengan 2/3 cawan air di atas api sederhana sehingga lembut
2) Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan
3) Masukkan ikan masin dan goreng sekejap. Kemudian tuangkan ke dalam periuk rebusan betik
4) Masukkan santan, lada hitam dan daun limau purut ke dalam periuk rebusan betik. Kacau sehingga rata. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sekejap barulah padam api.

Alat Sukatan

Menyukat bahan masakan dengan tepat adalah penting untuk memastikan kualiti hidangan adalah seperti yang diinginkan pada setiap cubaan. Untuk pengetahuan semua, sukatan untuk kebanyakan resipi saya dalam blog ini adalah berdasarkan alat-alat sukatan seperti gambar di bawah.

Saya dapati sukatan yang diambil dengan alat-alat ini berbeza sedikit berbanding dengan sudu dan cawan biasa.

image