Cuti-cuti Osaka (Bhg 4)

Suasana di station JR pagi Selasa itu kelihatan sibuk sekali kerana ramai yang bergegas untuk urusan masing-masing dan ada nak ke pejabat. Saya perasan ramai rakyat jepun berjalan laju tanpa menghiraukan persekitaran. Laju sungguh! Mungkin kerana itu agaknya jarang kelihatan mereka yang gemuk, hehe.. orang Jepun lebih gemar menggunakan perkhidmatan keretapi kerana ianya lebih efisien dan pantas.

Bandar Kobe ini bagi saya tidaklah begitu menarik kalau dibandingkan dengan Osaka dan Kyoto. Setibanya kami di Kobe, kami berjalan ke Kitano-Cho yang merupakan kawasan senibina tradisi barat. Di sini kami juga sempat melawat Trick Museum yang terdapat di dalamnya pelbagai 3D Effect yang unik. Tempat ini tidak besar tapi saya dan anak-anak begitu seronok bergambar dan beraksi di situ.
Seterusnya kami ke masjid Kobe, iaitu masjid yang tertua di Negara Jepun untuk menunaikan solat jamak zohor asar. Dengar cerita masjid ini selamat dari bencana gempa bumi yang berlaku pada tahun 1995. Subhanallah. Selepas menunaikan solat kami ke restoran Ali’s Kitchen untuk makan tengahari. Kami dinasihatkan dari seorang jemaah masjid di situ supaya berhati-hati dalam memilih restoran untuk makanan halal.

KITANO-CHO
image

RUMAH SENIBINA TRADISI BARAT
image

image

image

image

DI DALAM 3D TRICK MUSEUM
image
Amazing 3D effect. (Sekali sekala jadi giant mum best juga, baru anak gerun hehehe..)

image

image

MASJID KOBE
image

Selesai makan kami kembali ke Osaka semula…

Cuti-cuti Osaka (Bhg 3)

Setelah selesai makan tengahari di restoran Minokichi di New Hankyu Hotel Kyoto, Kojima-san membawa kami ke Ninenzaka & Sannenzaka.

Melawat bandar Kyoto tidak akan lengkap tanpa berjalan kaki melalui laluan berliku di sekitar kawasan Higashi-yama yang merupakan salah satu kawasan yang paling indah di Kyoto untuk dilawati. Kawasan Higashi-yama ini berada di antara dua jalan utama iaitu Ninenzaka dan Sannenzaka. Kedua-dua jalan yang menarik ini dihiasi dengan deretan rumah-rumah kayu lama, kedai-kedai dan restoran tradisional. Kelihatan juga banyak rumah-rumah teh dan kafe di lorong ini.

PEMANDANGAN DISEKITAR NINENZAKA & SANNENZAKA
image

image

image

image

image

DI KEDAI TEH HIJAU
image

BERGAMBAR BERSAMA KOJIMA-SAN, PEMANDU DARI SYARIKAT MK TAXI
image

Kami pulang ke Osaka pada jam 4 petang dengan rasa puas hati. Alhamdulillah… Walaupun ini merupakan kali ketiga saya ke Kyoto, saya tidak pernah rasa jemu kerana sentiasa ada benda baru untuk dilihat dan pengalaman baru untuk dirasai. Pada pendapat saya bandar Kyoto perlu di lawati sekiranya anda ke Jepun.
Esoknya kami ke bandar Kobe pula..

Cuti-cuti Osaka (Bhg 2)

Selepas sarapan kami terus ke JR station untuk ke bandar Kyoto. Bagi memudahkan perjalanan menaiki keretapi, kami beli kad ICOCA (macam kad Touch N Go). Perjalanan mengambil masa selama 30 minit.

Untuk menjimatkan masa, kami telah menyewa teksi sepanjang berada di Kyoto. Tempat pertama yang kami lawati ialah bamboo forest di Arashiyama. Tempat ini sememangnya sangat cantik dan menjadi tarikan kepada pelancong. Ketika kami tiba, lebih kurang jam 9 pagi, belum ramai lagi pengujung berada di situ. Cuaca pada hari itu sangat sejuk tapi nyaman dan menyegarkan!

Seterusnya kami menaiki Sagano Romantic Train untuk menikmati pemandangan di sekitar Arashiyama. Perjalanan sejauh 7 kilometer di sepanjang sungai Hozugawa mengambil masa selama 25 minit kerana keretapi ini bergerak agak perlahan, mungkin ideal untuk mereka yang nak honeymoon. It was a very enjoyable ride, however the romantic feeling was not there for me.. ye lah sebab saya hanya bersama dengan anak-anak kan? hehehe…
Destinasi seterusnya ialah Kinkakuji atau Golden Pavillion. Bangunan yang berwarna kuning berkilauan ini terletak di atas sebuah tasik dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang membuat ia kelihatan begitu tradisional sekali. Tempat ini memang terkenal dikalangan pelancong.

Untuk makan tengahari, kami ke restoran Minokichi. Makanan halal di sini perlu ditempah 4-5 hari sebelum ke sana. Sedap! 🙂
Boleh google untuk maklumat lanjut.

SAGANO BAMBOO FOREST
image

ROMANTIC TRAIN
image

PEMANDANGAN DARI ROMANTIC TRAIN
image

image

image

KINKAKUJI
image

image

image

RESTORAN MINOKICHI
image

image
Pemandangan yang indah, cuaca sejuk dan nyaman serta makanan Jepun yang enak, makes the day awesome and memorable!